Lolongan The Foxes gegar dunia

Lolongan The Foxes gegar dunia

LONDON, 29 April – Kepadatan bilik akhbar sebelum kemenangan Leicester City ke atas Swan City baru-baru ini mengesahkan sejauh mana usaha mereka memburu kejayaan Liga Perdana Inggeris telah menarik penonton global.

Para wartawan sejauh dari Finland, Turki, Korea Selatan dan Australia bercampur-campur dalam barisan bagi hidangan pra perlawanan, sementara 10 kontinjen dari Jepun duduk di sekeliling meja membincangkan bagaimana kedudukan Shinji Okazaki semasa ketiadaan rakan penyerangnya, Jamie Vardy yang digantung perlawanan.

Pasukan yang berjaya menghindari penyingkiran musim lalu sekarang hanya tiga mata dari menjulang gelaran liga dan cerita Cinderella itu membolehkan mereka dikagumi dari kawasan yang tidak mungkin difikirkan akan berlaku.

“Musim lalu, tidak seorang pun menulis mengenai Leicester di AS dan tidak seorang pun bercakap mengenai mereka,” penulis utama gergasi badan penyiaran NBC, Joe Prince-Wright berkata.

“Musim ini ia luar biasa. Orang ramai seperti (pemain quarterback, New England Patriots), Tom Brady dan para pemain NFL menghantar mesej mereka.

Penyerang Leicester City, Shinji Okazaki menepuk maskot kelab selepas perlawanan liga menentang Swansea di Stadium King Power tamat pada 24 April lalu. – AFP
Penyerang Leicester City, Shinji Okazaki menepuk maskot kelab selepas perlawanan liga menentang Swansea di Stadium King Power tamat pada 24 April lalu. – AFP
Gambar yang diambil kelmarin menunjukkan peyokong Leicester City, Wang Song Aohan bergambar dengan jersi skuad The Foxes yang telah ditandatangani di apartment beliau di Beijing. – AFP
Gambar yang diambil kelmarin menunjukkan peyokong Leicester City, Wang Song Aohan bergambar dengan jersi skuad The Foxes yang telah ditandatangani di apartment beliau di Beijing. – AFP

p20-3_20160430

“Tiba-tiba ada keriuhan seperti ini sebagai cerita untuk pasukan bawahan. Orang awam AS suka dengan cerita tersebut.

“Kebanyakan orang belum memiliki pasukan (untuk disokong), tetapi kami mendapatkan gambaran orang ramai mengenai sebuah traktor di sebahagian kota kecil di tengah AS dan mereka memiliki jersi Leicester atau skraf Leicester dan mengikuti perkembangan The Foxes.”

Dalam sebuah video di laman sesawang NBC Sports menceritakan tajuk yang digelar: “Apa yang Anda Perlu Tahu untuk Menyertai Leicester City.”

ESPN, sementara itu, telah menghantar penulis sukannya yang terkenal Wright Thompson ke Leicester bagi minggu-minggu terakhir musim ini bagi mendapatkan cerita mengenai Foxes.

“Saya berada di sini bagi satu tempoh!” dia memberitahu AFP ketika kemenangan 4-0 ke atas Swansea Ahad lalu.

Sebuah kelab sederhana dari bandar Midlands yang membosankan di timur England, penyudah tertinggi Leicester sebelumnya adalah tempat kedua pada 1929 dan masa berlalu satu-satunya akhbar tempat mereka bergantung untuk liputan adalah harian tempatan, Leicester Mercury.

Kempen dongeng musim ini menyaksikan mereka berada dalam tumpuan wartawan dari AS seperti New York Times, Sports Illustrated dan Wall Street Journal.

Seperti Datuk Bandar Leicester Peter Soulsby memberitahu Daily Telegraph awal bulan ini: “Sebuah bandar Inggeris tidak berada pada muka depan WSJ melainkan ia melakukan sesuatu yang menakjubkan.”

Akhbar berbilang bangsa itu berada di Stadium King Power menggambarkan liga negara itu adalah skuad Leicester, yang melibatkan pemain dari 14 buah negara berbeza (tidak melibatkan mereka yang dalam pinjaman).

Pengurus dari Itali, Caludio Ranieri, yang mana majikan King Power adalah seorang warga Thailand, mempunyai penjaga gol dari Denmark (Kasper Schmeichel), pemain antarabangsa Jamaica sebagai kapten (Wes Morgan) dan penyerang dari Argentina (Leonardo Ulloa), sementara pemain sayap Algeria Riyad Mahrez Ahad lalu menjadi pemain Afrika pertama dinamakan menjadi Pemain Terbaik Tahunan England.

Menurut laporan yang dikumpulkan awal musim ini oleh Sky Sports, ia adalah skuad kedua pelbagai negara dalam Liga Perdana selepas Watford.

Ketika Leicester memburu kejayaan menyaksikan wartawan dari seluruh dunia berhimpun ke pesta itu, bilik akhbar perwakilan Jepun sudah ada di sana kerana pemerolehan kelab itu untuk pemain antarabangsa Jepun, Okazaki dari pasukan Jerman, Mainz Julai lalu.

Masatoshi Mori dari harian sukan Jepun, Hochi Shimbun tiba lebih awal, menghadiri sidang akhbar pertamanya musim lalu apabila berita mengenai minat kelab itu terhadap Okazaki kali pertama muncul.

“Ia satu persekitaran yang tenang,” dia memberitahu AFP. “Hanya seorang lelaki dari akhbar tempatan BBC dan termasuk saya, mungkin empat atau lima wartawan. Sekarang, terdapat beratus orang!”

Cerita Leicester bukanlah kejayaan terhadap keharmonian kaum. Tiga orang pemain muda dipecat selepas memfilemkan pita seks perkauman ketika jelajah akhir musim di Thailand dan Vardy memohon maaf selepas didapati dalam kamera secara perkauman menghina seorang lelaki Asia dalam sebuah kasino.

Tetapi dari segi kepentingan sukan bola sepak, ia cerita yang menyentuh hampir kesemua sudut dunia. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA