Lombong berlian kuning gantung operasi

Lombong berlian kuning gantung operasi

SYDNEY,2 Julai (Agensi) – Rakan terbaik wanita kemungkinan menjadi lebih mahal tatkala lombong di Australia Barat yang menghasilkan hampir 50 peratus berlian kuning dunia yang jarang ditemui bertindak menggantung operasinya.

Para pemilik lombong Ellendale Diamond di wilayah Kimberley memaklumkan Bursa Saham Australi (ASX) lewat semalam syarikat subsidiarinya — Kimberly Diamond Company yang memegang lesen operasi perlombongan – diletakkan dalam pentadbiran luaran sukarela.

Saham-saham kali terakhir didagangkan pada 12 sen sebelum ia menghentikan dagangannya.

Media tempatan melaporkan semalam 93 pekerjaan berada dalam risiko, dengan para pekerja bimbang mereka tidak akan dibayar gaji.

Kimberly Diamonds mempersalahkan penurunan kualiti berlian yang ditemui dan penurunan harga yang tidak dijangka.

Bagaimanapun syarikat itu berkata pentadbiran sukarela tidak berkaitan dengan subsidiari syarikat yang lain serta kepentingannya di Botswana dan Sepanyol.

Berlian kali pertama ditemui 38 tahun lepas di lombong Ellendale Diamond di wilayah Kimberly di Australia Barat.

ARTIKEL YANG SAMA