Lombong runtuh, lima terkorban

Lombong runtuh, lima terkorban

MANILA, 17 Julai – Lima orang terbunuh dan empat yang lain dikhuatiri maut apabila sebuah lombong arang batu di tengah Filipina roboh pada hari ini disebabkan hujan monsun yang lebat.

Gabenor wilayah Rhodora Cadiao berkata tiga orang telah terbunuh dan pekerja menyelamat sedang menggali untuk mencari enam pekerja yang tertimbus hidup-hidup di tapak lombong arang batu Panian di pulau Semirara.

“Tiga pekerja ditemui dan dibawa ke sebuah hospital tetapi mereka disahkan mati apabila tiba,” kata Cadiao, menambah kumpulan menyelamat sedang menggunakan peralatan berat untuk mencari enam orang yang tertimbus akibat lombong arang batu yang roboh.

Beliau berkata hujan turun dengan lebat selama beberapa hari di tapak lombong, di sebuah pulau di luar pulau Panay di tengah Filipina. “Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3 pagi ketika pekerja sedang mengusahakan sistem air,” kata Cadiao.

Hanya terdapat sembilan pekerja di tapak apabila kemalangan berlaku, kata Isidro Consunji, CEO Semirara Mining & Power Corp, mengesahkan semua tertimbus hidup-hidup. – Reuters/AFP

ARTIKEL YANG SAMA