London alu-alukan kapal pesiaran menjelang 2017

London alu-alukan kapal pesiaran menjelang 2017

LONDON, 14 Sept (dpa) – London akhirnya akan dapat mengalu-alukan kapal persiaran besar dalam masa dua tahun, ketika lampu hijau telah diberikan bagi pembinaan terminal kapal persiaran baru di Greenwich.

Datuk Bandar London, Boris Johnson dan Lembaga Perancangan Greenwich Royal Borough meluluskan pelan bagi terminal itu, yang akan membolehkan kapal komersial saiz pertengahan untuk berlabuh yang membawa beribu-ribu pelancongan lagi dari Eropah dan Amerika Utara ke metropolis Britain.

Terminal itu akan dapat menempatkan bot-bot pada sekitar 250 meter panjangnya dan menurut Johnson, akan membawa kepada penambahan 500 kerja baru di kawasan London.

Sehingga kini, kapal-kapal persiaran hanya berlabuh di Dover atau Southampton dan para penumpang terpaksa dibawa menggunakan bas atau kereta api ke London.

Para penduduk di situ bimbang dengan kewujudan terminal baru itu nanti akan membawa kepada pencemaran udara dan bunyi di kawasan itu, yang penduduk Borough berharap akan mengurangkan projek-projek alam sekitar tambahan.