London tetap tolak hos Grand Depart

London tetap tolak hos Grand Depart

PARIS, 30 Sept (Reuters) – Sukan berbasikal masih lagi menjadi tumpuan di Britain biarpun keputusan London untuk menolak peluang bagi menghoskan Tour de France Grand Depart sekali lagi pada 2017, menurut pengarah perlumbaan, Christian Prudhomme semalam.

Perbadanan Penyiaran British (BBC) yang memetik Pengangkutan untuk London (TfL), yang akan membiayai peringkat pembukaan jika ibu negara British itu dipilih oleh penganjur Jelajah, Amaury Sport Organistaion (ASO), sebagai berkata bahawa ia telah menarik diri.

London menghoskan Grand Depart dengan jayanya pada 2007 dan beribu-ribu orang menyaksikan peringkat ketiga akhir tahun berhampiran Istana Buckingham, berikutan dua kejayaan besar peringkat itu di Utara England.

Boris Johnson, Datuk Bandar London, semalam berkata bahawa dianggarkan 35 juta pound diperlukan untuk menghoskan permulaan perlumbaan basikal terbesar dunia itu adalah tidak wajar.

“Saya tidak akan mensia-siakan wang basikal ke atas sesuatu yang hanya akan memberikan manfaat sementara,” katanya melalui siaran BBC London Radio.

“Anda perlu meletakkan keputusan tegas dalam kerajaan dan saya rasa 35 juta pound ke atas satu acara tidak bermakna bagi London.”

Biarpun tidak diendahkan, Prudhomme tidak merasa bimbang. “Bercanggah kepada apa yang dilaporkan, kami tidak akan marah sama sekali,” dia memberitahu Reuters. “Kami masih gembira bagi Grand Depart pada 2007 dan pengunduran London tidak akan menukar fakta bahawa sukan berbasikal sekarang besar di Britain.”