Lonjak imej Daerah Tutong

Lonjak imej Daerah Tutong

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 2 Nov – Hari Warisan, Kesenian dan Kebudayaan Etnik Daerah Tutong, yang diadakan bagi mendukung program Destinasi Tutong telah dilancarkan hari ini di Taman Rekreasi Sungai Basong, di mana ia akan berlangsung selama sebulan sehingga 29 November depan.

Pelancarannya telah disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Semasa ditemui media, Yang Berhormat Pehin berkata program ini bukan sahaja akan dapat memberikan peluang kepada pelancongan tetapi juga akan dapat meningkatkan imej khususnya etnik di Daerah Tutong dalam kalangan para pelancong dalam negara dan luar negara.

Beliau turut melahirkan harapan dengan meningkatnya acara-acara berupa pelancongan, ia akan dapat memberikan peluang pekerjaan kepada generasi baru sekali gus mengurangkan kadar pengangguran di negara ini, di samping dapat memberikan wajah baru bagi Daerah Tutong.

Hari Warisan, Kesenian dan Kebudayaan Etnik Daerah Tutong merupakan program anjuran bersama Majlis Perundingan Mukim (MPM) Pekan Tutong, MPM Keriam bersama Badan Penyelaras dan Promosi Pelancongan Daerah Tutong dengan kerjasama Jabatan Daerah Tutong, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi Tutong dan Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar merasmikan Hari Warisan, Kesenian dan Kebudayaan Etnik Daerah Tutong di Taman Rekreasi Sungai Basong.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar merasmikan Hari Warisan, Kesenian dan Kebudayaan Etnik Daerah Tutong di Taman Rekreasi Sungai Basong.
Yang Berhormat Pehin berkesempatan menyaksikan demonstrasi teh herba daripada Puak Dusun.
Yang Berhormat Pehin berkesempatan menyaksikan demonstrasi teh herba daripada Puak Dusun.

pg05_151103_e

Yang Berhormat Pehin berkesempatan menyaksikan pameran kraftangan daripada Masyarakat Iban.
Yang Berhormat Pehin berkesempatan menyaksikan pameran kraftangan daripada Masyarakat Iban.
Yang Berhormat Pehin berkesempatan menyaksikan pameran kraftangan daripada Masyarakat Iban.
Yang Berhormat Pehin berkesempatan menyaksikan pameran kraftangan daripada Masyarakat Iban.

Semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya, Penghulu Mukim Keriam, Yang Berhormat Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Haji Muhd. Taha bin Abdul Rauf, selaku pengerusi bersama acara, berkata program ini merupakan yang julung-julung kali diadakan untuk memberikan pengetahuan tentang warisan, kesenian dan kebudayaan lima etnik masyarakat Daerah Tutong iaitu Puak Tutong, Puak Kedayan, Puak Dusun, Masyarakat Iban dan Tiong Hua.

“Melalui program ini, para pelawat dan pelancong juga akan dapat melihat secara lebih dekat tentang suasana dan cara hidup zaman silam setiap puak dan masyarakat yang diperlihatkan melalui rumah-rumah budaya masing-masing yang mempunyai keunikan warisan dan budaya yang tersendiri,” jelasnya.

Acara yang diadakan di Taman Rekreasi Sungai Basong ini juga berpotensi sebagai pusat kebudayaan dan warisan masyarakat Daerah Tutong dengan kedudukannya yang strategik dan ditambah lagi dengan landskap yang menarik serta kemudahan-kemudahan yang sedia ada.

Yang Berhormat Pehin dan rombongan bergambar ramai bersama sebilangan Puak Dusun.
Yang Berhormat Pehin dan rombongan bergambar ramai bersama sebilangan Puak Dusun.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar berkesempatan bergambar bersama Masyarakat Tiong Hua.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar berkesempatan bergambar bersama Masyarakat Tiong Hua.
Penghulu Mukim Keriam semasa menyampaikan ucapan alu-aluan.
Penghulu Mukim Keriam semasa menyampaikan ucapan alu-aluan.

Majlis turut diserikan lagi dengan Persembahan Kebudayaan Etnik Daerah Tutong oleh Kumpulan Kesenian dan Kebudayaan Badan Penyelaras dan Promosi Pelancongan Daerah Tutong.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar turut merasmikan pelancaran papan tanda ‘Selamat Datang’ Rumah Warisan Etnik Tutong sebelum dibawa melawat ke rumah berkenaan.

Acara yang disusun ini turut melibatkan Persembahan Malam Kebudayaan Etnik Daerah Tutong yang diadakan di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong yang bakal mempersembahkan keunikan dan keindahan seni warisan budaya setiap etnik Daerah Tutong di samping demonstrasi makanan dan kraf tangan serta penyajian makan malam berkonsepkan ‘Lakonan Tutong’ atau bermaksud Sajian Warisan Tutong pada tarikh-tarikh yang telah dijadualkan sepanjang bulan ini.

Melalui promosi yang berterusan, Hari Warisan, Kesenian dan Kebudayaan Etnik Daerah Tutong ini mendapat sambutan yang menggalakkan, termasuk daripada penuntut-penuntut sekolah dan institusi pengajian tinggi, kedutaan-kedutaan luar negeri dan orang ramai.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan berkunjung ke Taman Rekreasi Sungai Basong sehingga 29 November ini, pada setiap Rabu, Khamis, Sabtu dan Ahad, dari jam 9 pagi hingga 11 pagi dan 2 petang hingga 5 petang dengan bayaran tiket $5 untuk orang dewasa, $3 untuk kanak-kanak berumur lima hingga 12 Tahun, dan $3 untuk pelajar (minima 6 kumpulan).

ARTIKEL YANG SAMA