Lonjakan Baru Rawatan Kanser

Lonjakan Baru Rawatan Kanser

Oleh Siti Hajar

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Jan – Rawatan kanser di Negara Brunei Darussalam dijangka membuat lonjakan signifikan tahun ini dengan siapnya Pusat Kanser Brunei (TBCC), yang akan menjadi pusat bagi kecemerlangan rakyat di negara ini.

Sejak Pusat Kanser Kebangsaan ditubuhkan pada 2010, pengamal kesihatan sama ada sektor swasta dan kerajaan berusaha mencari jalan untuk mengatasi kes-kes kanser di negara ini melalui rawatan konvensional termasuk kemoterapi.

Menurut Profesor Madya, Dr. Kenneth Kok, yang juga Pengarah Perubatan TBCC, perkhidmatan radioterapi dan nuklear akan diperkenalkan semasa pelancaran bangunan baru itu nanti.

Buat masa ini, para pesakit kanser perlu mendapatkan perubatan ini di Singapura memandangkan perkhidmatan ini masih belum ada di negara ini. Pengenalan kemudahan ini secara langsung akan memberikan faedah terhadap pesakit dan keluarga mereka.

Dalam arena global, usaha untuk mendirikan pusat kecemerlangan seperti itu bukan sahaja menambah kualiti kepada penjagaan pesakit malah memperbaiki hasil klinikal kerana kosnya yang efektif untuk jangka masa panjang.

Sejak memasuki alaf baru, Kementerian Kesihatan telah merekodkan peningkatan kes kanser bermula 2002 sehingga 2009, daripada 300 hingga 400 kes kepada lebih 500 kes setahun dari 2010 sehingga 2013, dan jumlah tersebut dijangka akan terus meningkat.

Dengan bantuan kakitangan terlatih, TBCC adalah satu-satunya pusat yang dedikasi kepada pengurusan kanser di negara ini. Kes-kes kanser yang baru akan diuji dan dibincangkan dalam kalangan doktor termasuk pakar bedah, pakar patologi, pakar radiologi dan pakar onkologi seperti apa yang dilakukan oleh pusat-pusat kanser terkemuka di Eropah, Amerika Syarikat dan Asia.

“Dengan pendekatan pelbagai bidang melibatkan pesakit dan keluarga dalam perbincangan itu, perancangan rawatan setiap pesakit kanser akan dapat dirumuskan,” kata Dr. Kok.

Pusat itu, menurut beliau, akan memberikan perkhidmatan kemoterapi dalam penjagaan harian, di mana para pesakit dibenarkan untuk pulang pada hari yang sama selepas menerima rawatan.

Sejak 2013, TBCC menyaksikan peningkatan bilangan pesakit penjagaan harian kemoterapi daripada 4,743 pada 2013 kepada 4,864 pada 2014, dan

5,052 tahun lepas. Jumlah pesakit bukan rawatan penjagaan harian pula masih lagi 1,831 pada 2013, 1,877 pada 2014 dan 1,803 pada 2015, termasuk mereka yang memerlukan rawatan kemoterapi TBCC.

Dengan menyatakan kanser payu dara penyakit yang biasa berlaku dalam kalangan wanita, TBCC memberikan tumpuan khas kepada kaki tangan terlatih, terutamanya jururawat dan profesional kesihatan untuk memberikan nasihat, sokongan dan kaunseling kepada pesakit.

TBCC juga dibantu oleh pesakit dan orang ramai, melalui beberapa kumpulan bantuan seperti pendekatan holistik bagi meningkatkan kesedaran kanser dalam kalangan penduduk Brunei.

Di samping itu, pusat ini juga mengambil jururawat terlatih dan pakar dalam gastrousus, ginekologi, penjagaan pelega dan radioterapi sebagai pelaburan strategi dalam kapasiti sumber kemanusiaan apabila bangunan baru dan kemudahan ditubuhkan, dengan jaminan bahawa TBCC memiliki kemudahan untuk pesakit kanser dengan sokongan penuh Kementerian Kesihatan. Selaras dengan keutamaan strategi Kementerian Kesihatan, seperti yang dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi, dalam sesi dialog baru-baru ini bersama ahli Majlis Perundangan; terutamanya dalam mentadbir penjagaan kesihatan berkualiti dan inovatif yang memenuhi standard antarabangsa, melalui kerjasama dengan penyediaan penjagaan kesihatan swasta yang lain.

Ini juga menyokong agenda Kementerian Kesihatan untuk menggabungkan perkhidmatan utama, bagi memastikan pesakit dan orang ramai akan menerima kos penjagaan yang efektif bagi menghasilkan keputusan klinikal yang berkualiti tinggi dari segi keselamatan dan kualiti kehidupan yang lebih baik.

Melalui kemajuan yang dihasilkan dalam rawatan kanser, pendidikan masih lagi menjadi keutamaan dalam menanam kesedaran dalam kalangan orang ramai untuk mengurangkan kes-kes kanser di negara ini ketika kajian menunjukkan bahawa pilihan gaya hidup yang tidak sihat adalah faktor penyumbang penyakit kanser.

Sempena Hari Kanser Sedunia yang jatuh pada 4 Februari ini, TBCC akan bekerjasama dengan Pusat Promosi Kesihatan (HPC) di bawah Kementerian Kesihatan, dengan mengadakan taklimat di HPC, Berakas disusuli dengan acara kesedaran awam di keempat-empat daerah.

Tema tahun ini yang akan dibawa sehingga 2018 adalah ‘Kita boleh. Saya boleh”, dengan mereka yang menyertainya bersedia untuk meneroka bagaimana komuniti boleh memainkan peranan bagi mengurangkan bebanan kanser global, seperti yang disuarakan oleh Menteri Kesihatan ketika dialog bersama dengan Majlis Perundangan baru-baru ini: ‘Kesihatan urusan semua orang.’

ARTIKEL YANG SAMA