Lorenzo juara GP Aragon

Lorenzo juara GP Aragon

ALCANIZ, Sepanyol, 28 Sept (AFP) – Pelumba Sepanyol Jorge Lorenzo menjuarai perlumbaan ketiga di negara kelahirannya musim ini pada Grand Prix Aragon, merapatkan jurang dengan rakan sepasukan Yamaha Valentino Rossi untuk memburu kejuaraan dunia kepada hanya 14 mata.

Bagaimanapun, harapan juara dunia bertahan Marc Marquez untuk gelaran ketiga berturut-turut berkecai apabila mengalami pelanggaran pada pusingan kedua.

Bagi membolehkan Marquez menjulang gelaran itu dia perlu memenangi keempat-empat baki perlumbaan dan Rossi tidak meraih sebarang mata.

Marquez bermula di petak pertama dalam perlumbaan yang dianggap sebagai kegemarannya selepas mencatat rekod baru litar berkenaan pada aksi kelayakan.

Jorge Lorenzo mengangkat piala di atas podium selepas memenangi perlumbaan Moto GP Grand Prix Aragon di litar Motorland di Alcaniz pada 27 September 2015. – AFP
Jorge Lorenzo mengangkat piala di atas podium selepas memenangi perlumbaan Moto GP Grand Prix Aragon di litar Motorland di Alcaniz pada 27 September 2015. – AFP

Namun, dia dipintas Lorenzo ketika berusaha gigih pada pusingan kedua dan gagal meneruskan perlumbaan sebaik motosikalnya tergelincir ke kawasan berbatu.

Lorenzo kemudiannya dengan mudah memecut menuju kemenangan keenamnya musim ini dengan aksi sebenar berlaku di belakangnya apabila Pedrosa mengekang asakan Rossi.

Pelumba Itali itu memintas Pedrosa dalam lima perlumbaan, namun pelumba Sepanyol itu sentiasa berjaya bergerak pantas untuk menghalang Rossi meraih empat mata tambahan dalam pemburuan gelaran.