Lorenzo juarai MotoGP Catalunya

Lorenzo juarai MotoGP Catalunya

MADRID, 15 Jun (AFP) – Pelumba Sepanyol, Jorge Lorenzo menjuarai perlumbaan MotoGP keempat berturut-turut selepas berjaya mengatasi rakan sepasukannya di Yamaha, Valentino Rossi di Grand Prix Catalunya.

Rossi melakukan asakan berbaki lima pusingan di litar Montmelo berhampiran Barcelona, dengan perbezaan hanya 1.288.

Namun, Lorenzo berjaya menghalang penunggang Itali itu meraih kemenangan di laman sendiri untuk mengutip 137 mata menghampiri Rossi dengan satu mata (138) dalam kedudukan keseluruhan.

Dani Pedrosa yang menunggang Honda menduduki tangga ketiga untuk podium pertamanya musim ini.

“Saya kekal fokus dan tidak melakukan sebarang kesilapan,” kata Lorenzo.

Jorge Lorenzo meraikan kejayaan selepas menjuarai perlumbaan MotoGP Sepanyol di Grand Prix Catalunya semalam. – AFP
Jorge Lorenzo meraikan kejayaan selepas menjuarai perlumbaan MotoGP Sepanyol di Grand Prix Catalunya semalam. – AFP

Malang buat pelumba Sepanyol, Marc Marquez, juara bertahan yang terbabas dari litar ketika sedang mengejar Lorenzo sebelum itu, kali ketiga dia jatuh dalam tujuh perlumbaan musim ini.

“Anda perlu bekerja lebih keras lagi,” kata Marquez yang berusia 22 tahun itu.

“Saya melakukan kesilapan dan kehilangan banyak mata. Perlumbaan berikutnya pasti berbeza dan akan menjadi lebih baik. “Saya mencapai had maksimum dan perlu lebih berhati-hati di atas motosikal.”

ARTIKEL YANG SAMA