Lorenzo menang 3 kali berturut-turut, Marquez terbabas

Lorenzo menang 3 kali berturut-turut, Marquez terbabas

MUGELLO, Itali, 1 Jun (Reuters) – Pelumba motosikal Yamaha Jorge Lorenzo menguasai perlumbaan Grand Prix Itali bagi merapatkan jurang enam mata di belakang rakan sepasukannya Valentino Rossi dengan kemenangan ketiga berturut-turutnya pada hari Ahad.

Pelumba Ducati Andrea Iannone yang memulakan perlumbaan di garisan pertama berada di tempat kedua di akhir perlumbaan, yang pencapaian terbaiknya.

Sementara pelumba veteran Valentino Rossi berbesar hati apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketiga setelah bermula di garisan kelapan di depan penyokong tempatan.

Rossi sekarang mendahului kutipan mata dengan 118 mata manakala Lorenzo 112 mata.

Lorenzo ketika menang Gran Prix Moto GP Itali (tengah) disaksikan tempat kedua Ianone (kiri) dan tempat ketiga Rossi (kanan). – Reuters
Lorenzo ketika menang Gran Prix Moto GP Itali (tengah) disaksikan tempat kedua Ianone (kiri) dan tempat ketiga Rossi (kanan). – Reuters

Namun juara dunia dua kali dari Sepanyol Marc Marquez bernasib malang apabila motosikalnya terbabas ketika 6 pusingan terakhir, setelah berjaya naik ke posisi kedua bermula di garisan ketiga belas. Marquez sekarang di kedudukan kelima dengan kutipan 69 mata.

“Tiga kali berturut-turut. Saya pernah terfikir untuk melakukannya di MotoGP dan kini sasaran saya adalah untuk menang empat kali berturut-turut,” kata Lorenzo, yang menerajui perlumbaan di lap permulaan dan kekal sehingga garisan penamat. “Ia akan menjadi sukar tapi kami tetap akan mencuba.”

Perlumbaan seterusnya, pusingan ketujuh kejohanan adalah di Barcelona pada 14 Jun.

ARTIKEL YANG SAMA