Lorenzo, Rossi atau Marquez juara GP British?

Lorenzo, Rossi atau Marquez juara GP British?

LONDON, 27 Ogos (Reuters) – Jorge Lorenzo menganggap hubungan bersama rakan sepasukan Yamaha Valentino Rossi berada pada tahap terbaik menjelang Grand Prix British hujung minggu ini.

Dua pelumba terbabit berkongsi kedudukan pendahulu kejuaraan MotoGP dengan 211 mata.

Penunggang Sepanyol dan legenda Itali itu melalui detik buruk pada satu ketika apabila garaj mekanikal terpaksa dipisahkan. Malah mereka langsung tidak bertegur sapa satu sama lain di litar lumba.

Perebutan gelaran antara dua pelumba terbabit terus bertambah sengit sejak hubungan dingin ‘ego masing masing’ tercetus pada musim 2009.

Juara bertahan memacu jentera Honda, Marc Marquez ketinggalan 52 di belakang ketika saingan masih berbaki tujuh pusingan.

Lorenzo pemenang tiga kali GP British enggan memperbesar ramalan pemerhati mengatakan dia akan mengungguli perlumbaan di depan Rossi atau ‘The Doctor’.

“Buat masa ini, hubungan saya dan Rossi di tahap terbaik pernah kami kecapi,” kata juara dunia dua kali itu. “Komunikasi kami tidak baik sebelum ini.”

Lorenzo turut berwaspada dengan ancaman diberikan seorang lagi pelumba Sepanyol, Marquez dianggapnya pelumba muda yang kuat serta memiliki jentera perlumbaan kompetitif.

“Sudah tentu Valentino dan saya ada peluang meraih gelaran dunia untuk Yamaha. Sukar untuk kami membuat kesilapan atau melakukan banyak kesilapan pada pusingan seterusnya. Tetapi semua itu mungkin berlaku.” Lorenzo meraih lima kemenangan berbanding tiga kejayaan oleh Rossi dalam MotoGP musim ini.