Lorenzo, Rossi bakal gegar MotoGP Belanda

Lorenzo, Rossi bakal gegar MotoGP Belanda

ASSEN, Belanda, 25 Jun (AFP) – Legenda dan pendahulu kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Valentino Rossi sedar dia perlu meningkatkan kelajuan dalam usaha menyekat rakan sepasukannya, Jorge Lorenzo.

Hanya satu mata memisahkan kedua-dua penunggang Yamaha itu selepas Lorenzo melakar empat kemenangan berturut-turut termasuk perlumbaan di Grand Prix Catalunya, dua minggu lalu.

Selain Catalunya, Lorenzo turut muncul pemenang di Mugello, Le Mans dan Jerez yang menjadikan juara dunia dua kali itu pelumba pilihan untuk menjuarai Grand Prix Belanda, hujung minggu ini.

“Bermula daripada barisan ketiga adalah sukar, di Barcelona, kelajuan saya baik dan kami tidak banyak kehilangan masa untuk berada di kedudukan kedua namun Jorge ketika itu sudah jauh,” kata penunggang kelahiran Itali itu.

Sepanjang tujuh pusingan musim ini, Rossi sudah memenangi dua perlumbaan termasuk pembuka tirai di Qatar dan Argentina dengan pelumba Ducati, Andrea Iannone jauh ketinggalan di kedudukan ketiga dan dibezakan dengan 43 mata. Lorenzo yang dianggap berada pada kemuncak prestasinya ketika ini berkata: “Saya mempunyai beberapa tempoh yang hebat sepanjang karier saya, namun mungkin kami tidak memiliki jentera ini.

Persaingan Valentino Rossi (kiri) dan Jorge Lorenzo pasti menggegarkan MotoGP Belanda hujung minggu ini. – Reuters
Persaingan Valentino Rossi (kiri) dan Jorge Lorenzo pasti menggegarkan MotoGP Belanda hujung minggu ini. – Reuters

“Terutama ketika perlumbaan, jentera kami amat konsisten dan dapat mengekalkan kelajuan. Itulah sebab mengapa kami terus mendominasi hingga kini.

“Ketika ini, saya berada dalam keadaan yang baik. Buat kali pertama, saya menewaskan jurulatih saya dalam perlumbaan basikal bukit dan saya amat bangga dengannya. Namun kami perlu bekerja keras dan mencari pelarasan yang baik,” katanya. Bagi penyandang juara dunia dari Honda, Marc Marquez, usahanya untuk menjuarai gelaran ketiga dunia berturut-turut tambah sukar.

Ketika di Catalunya, Marquez terlalu memaksa jenteranya untuk memburu Lorenzo sehingga menyebabkannya terjatuh. “Jelas saya amat kecewa kerana tersingkir daripada perlumbaan di laman sendiri di Catalunya namun kami sudah melupakan segala-galanya dan menuju ke Assen,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA