Lorenzo tawan Litar Sepang

Lorenzo tawan Litar Sepang

SEPANG, 4 Feb – Pelumba Movistar Yamaha, Jorge Lorenzo mengungguli hari terakhir ujian rasmi MotoGP 2016 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini, selepas sesi ketiga tergendala kira-kira dua jam akibat hujan.

Lorenzo yang juga juara musim lalu, mencatat masa terpantas 1 minit 59 minit 58 saat bagi mendahului 0.976s daripada rakan sepasukan, Valentino Rossi.

Catatan masa dilakukannya itu secara tidak langsung memperbaiki catatan terpantas 2:00.684s yang direkodkannya pada Isnin lalu.

Marc Marquez yang mewakili Repsol Honda berada di kedudukan ketiga terpantas dengan 2:00.883s manakala Cal Crutchlow (LCR Honda) keempat dengan 2:00.992s.

Juara dunia dua kali, Casey Stoner yang muncul selaku pelumba ujian bagi pasukan Ducati selepas bersara pada hujung tahun 2012, berada di kedudukan kelima dengan catatan 2:01.070s. Ujian rasmi di SIC ini adalah yang kedua selepas Valencia pada November tahun lalu.

Lorenzo mencatat masa terpantas 1 minit 59 minit 58 saat bagi mendahului 0.976s daripada rakan sepasukan, Valentino Rossi. – Reuters
Lorenzo mencatat masa terpantas 1 minit 59 minit 58 saat bagi mendahului 0.976s daripada rakan sepasukan, Valentino Rossi. – Reuters

Ujian rasmi MotoGP selepas ini dijadual berlangsung di Phillip Island pada 17 hingga 19 Februari ini sebelum yang terakhir di Qatar awal bulan depan.

Musim Kejuaraan Motosikal Dunia 2016 dijadual membuka tirainya di Grand Prix Qatar pada 20 Mac ini. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA