Lori rempuh dari belakang

Lori rempuh dari belakang

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Nov – Kemalangan ngeri di Lebuh Raya Tungku Link yang telah meragut nyawa lelaki tempatan berusia 22 tahun pada petang Isnin lalu dikatakan berpunca daripada rempuhan sebuah lori.

Bapa mangsa semasa menghubungi Media Permata hari ini memberitahu, kejadian berlaku ketika kereta yang dipandu anaknya itu berhenti di tepi bahu jalan kerana mengalami kerosakan enjin.

Lebih kurang lima minit selepas berhenti, tiba-tiba datang sebuah lori dari arah belakang lalu merempuh kereta mereka sehingga mengakibatkan kereta tersebut remuk serta meragut nyawa anaknya itu.

Beliau dan isteri yang turut berada dalam kereta tersebut bagaimanapun terselamat.

Menurut bapa mangsa lagi, beliau telah membuat laporan mengenai insiden malang itu di balai polis pagi ini dan kini masih dalam keadaan trauma.

ARTIKEL YANG SAMA