Lori terhumban ke gaung, seorang parah

Lori terhumban ke gaung, seorang parah

KOTA KINABALU, 18 Okt – Dua lelaki cedera, seorang daripadanya parah, setelah sebuah lori treler terbabas di Kilometer 23 Jalan Ranau-Kota Kinabalu, hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa Asdar Apung cedera parah apabila tersepit di dalam lori itu, selepas kenderaan yang dipandunya terbabas lalu terhumban ke dalam gaung sedalam 30 meter.

Lelaki berusia 28 tahun itu berjaya diselamatkan pasukan bomba dan kemudian dihantar ke Hospital Ranau menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

Seorang lagi mangsa, Mohd Ikmal Safuan Kubus, 20, pula cedera ringan.

Jabatan itu berkata lima anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasikejadian kira-kira 23 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Ranau sejurus menerima panggilan jam 8.32 pagi. – Bernama