Lorong jambatan dibuka semula selepas kren tumbang

Lorong jambatan dibuka semula selepas kren tumbang

NEW YORK, 20 Julai – Kebanyakan laluan di Jambatan Tappan Zee, utara Bandar New York telah dibuka semula selepas sebuah kren tumbang menyekat hampir keseluruhan jambatan itu, namun para pegawai pengangkutan masih lagi memaklumkan pengguna jalan raya kemungkinan untuk merancang penangguhan tambahan hari ini.

Kren tumbang dari projek jambatan bersebelahan menghempap ke sebelah penyeberangan Sungai Hudson kelmarin, memaksa kenderaan untuk membelok tiba-tiba dari laluan dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas selama beberapa jam.

Para pegawai pengangkutan mengumumkan pada malam kelmarin bahawa enam daripada tujuh lorong jambatan telah dibuka semula seperti yang dijadualkan dan satu lorong yang menuju ke selatan kekal ditutup sehingga notis selanjutnya.

Tiada kenderaan dihempap mahupun mangsa yang mengalami kecederaan parah apabila kren itu tumbang.

“Ajaibnya, tidak ada cedera parah,” kata gabenor New York, Andrew Cuomo. “Jika anda katakan kepada saya yang bum kren tumbang di Jambatan Tappan Zee pada tengah hari, tidak menghempap kenderaan….saya pasti tidak percaya.”

Cuomo berkata kren itu sedang menjalankan kerja rutin di Jambatan Tappan Zee, memacakkan tiang ke bawah sungai, dan ia masih tidak jelas apa punca bum kren itu tumbang di keseluruhan jambatan lama dengan lebarnya tujuh lorong. Para pegawai berkata lima orang mengalami kecederaan ringan. – AP