Los Angeles lancar bidaan Olimpik 2024

Los Angeles lancar bidaan Olimpik 2024

LAUSANNE, 4 Sept (AFP) – Los Angeles pada Khamis mengumumkan hasratnya untuk membida Sukan Olimpik 2024 di IOC setelah memperoleh sokongan pantas Presiden Barack Obama walaupun melancarkan kempen pada saat terakhir.

Los Angeles hanya diundi Isnin lalu untuk menggalas kempen AS selepas Boston menarik diri. Tetapi Obama mengumumkan akan menyokong Los Angeles menjelang mesyuarat antara delegasi AS dan presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach.

“Presiden bersemangat dengan pengumuman Jawatankuasa Olimpik AS bahawa Bandaraya Los Angeles akan membida Sukan Olimpik 2024 untuk AS,” kata jurucakap White House Josh Earnest. “Presiden dan wanita pertama begitu bersemangat dan amat menyokong usaha ini.”

Los Angeles berdepan saingan Paris, Rom, Budapest dan Hamburg dengan beberapa bandar raya lagi mempertimbangkan untuk mengambil risiko sebelum tarikh akhir IOC 15 September. Datuk Bandar Los Angeles Eric Garcetti dan Ketua USOC Larry Probst mengadakan perbincangan dengan Bach di Lausanne berhubung bidaan itu.

Ahli tinju dan Olimpik Oscar De La Hoya bercakap kepada media selepas melancarkan bidaan Los Angeles untuk menjadi tuan rumah Olimpik dan Paralimpik 2024 di Annenberg Beach House di Santa Monica, California kelmarin. – AFP
Ahli tinju dan Olimpik Oscar De La Hoya bercakap kepada media selepas melancarkan bidaan Los Angeles untuk menjadi tuan rumah Olimpik dan Paralimpik 2024 di Annenberg Beach House di Santa Monica, California kelmarin. – AFP

Garcetti berkata, beliau telah menyatakan kegembiraan dan semangat AS untuk berada dalam persaingan dengan menonjolkan pengalaman Los Angeles sebagai tuan rumah pada 1932 dan 1984.

“Ini adalah sesuatu yang ada di dalam DNA kita,” katanya kepada pemberita selepas itu. “Kami bukan sahaja tahu bagaimana untuk membuat tawaran Sukan Olimpik tetapi kami juga tahu bagaimana mengendalikannya.”

Dia berikrar untuk telus dengan pembayar cukai bagi mengelak serangan pembangkang yang melanda Boston. Para pegawai AS juga menegaskan Los Angeles tidak terlambat untuk memulakan bidaan.

Selepas tarikh akhir 15 September, ia bakal menjadi permulaan jenama baru untuk setiap bandar yang membida. Itulah masanya pertandingan benar-benar bermula,” kata Datuk Bandar.