Lotus buka bilik pameran di Kuwait

Lotus buka bilik pameran di Kuwait

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) – Group Lotus Plc membuka bilik pameran baharu Lotus di daerah Shuwaikh, Kuwait City hasil daripada perkongsian antara Lotus Cars Middle East FZ-LLC dan Alghanim Motors.

Bilik pameran itu akan menawarkan peluang menikmati jenama terkemuka kepada peminat kereta sport mewah secara langsung.

Ketua Pegawai Eksekutif Group Lotus, Aslam Farikullah berkata Kuwait kekal sebagai pasaran penting yang menawarkan potensi yang luas untuk Lotus Cars Middle East dan Alghanim Motors.

“Apabila ia berkaitan kereta sport berprestasi tinggi dan sangat dididamkan, Lotus menetapkan standard dan kami tidak pernah mempunyai barisan lebih kukuh atau yang lebih laju,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.