Louis Van Gaal yakin

Louis Van Gaal yakin

LONDON, 16 Jun (AFP) – Pengurus Manchester United Louis van Gaal percaya perubahan program pra musim akan membolehkan pasukannya cergas untuk awal kempen Liga Perdana yang baru.

Jurulatih dari Belanda itu tidak merasa kagum dengan jumlah masa yang dihabiskan gergasi Inggeris itu membuat perjalanan di seluruh zon masa ketika berada di AS tahun lepas.

United beraksi dalam beberapa perlawanan di seluruh negara dengan aksi di Los Angeles, Denver, Washington, Detroit dan Miami.

Tetapi walaupun mereka kembali ke AS bagi pra musim ini, kelab itu akan berpangkalan di pesisiran pantai barat di Seattle dan San Francisco ketika menyertai Piala Juara Antarabangsa.

“Apabila anda melihat pra musim kami di AS tahun lepas, kami memenangi segalanya menentang kelab besar, terbaik dan kemudian beraksi dalam perlawanan pertama menentang Swansea City dan kami tewas,” van Gaal memberitahu MUTV, stesen televisyen dalaman United.

Jurulatih Manchester United, Louis van Gaal. – Reuters
Jurulatih Manchester United, Louis van Gaal. – Reuters

“Ia tidak boleh berlaku tahun depan. Aspek paling penting adalah membangunkan pasukan dengan pemain individu jadi mereka memikirkan seperti sebuah pasukan, tetapi kami juga memerlukan kecergasan dan rentak perlawanan dan kami perlu beraksi dalam beberapa perlawanan dan perlu juga berlatih.

“Masalahnya adalah apabila kami pergi ke AS (tahun lepas) kami tidak mempunyai banyak masa untuk berlatih kerana kami perlu terbang dan membuat banyak perjalanan.”

Van Gaal menambah: “Sekarang kami meningkatkan jelajah AS kerana kami ada dua kem pangkalan dan kami berada di bahagian lain AS jadi kami mempunyai suhu yang lebih rendah dan boleh meningkatkan kecergasan lebih baik.

ARTIKEL YANG SAMA