Louisiana bergelut pulihkan mangsa banjir

Louisiana bergelut pulihkan mangsa banjir

CHICAGO, 19 Ogos – Dengan banjir besar semakin surut di Louisiana, para pegawai di negeri selatan AS itu semalam bergelut bagaimana membantu memulihkan para penduduk yang terjejas.

Para pegawai terus mencari puluhan ribu buah rumah dan kereta yang tidak terkira banyaknya untuk mencari mangsa dan mereka yang terselamat daripada banjir buruk yang bermula hari ini selepas hujan lebat.

Angka kematian melonjak kepada 13 orang, menurut para pegawai. Lebih 86,000 orang didaftarkan menerima bantuan kecemasan kerajaan AS.

Setiausaha Keselamatan Negara AS Jeh Johnson yang bertanggung jawab bagi jabatan itu yang akan membahagikan bantuan, telah melawat kawasan bersejarah yang terjejas dan telah menemui para pegawai setempat untuk membincangkan usaha pemulihan.

“Saya akan memberi penerangan ringkas kepada presiden berhubung situasi yang saya lihat di sini pada beberapa tahap kelak,” Johnson memberitahu sidang media, dengan menambah kata Presiden Barack Obama telah menerima penerangan ringkas harian tentang kecemasan yang sedang berlaku.

Keadaan banjir di Sorrento, Louisiana kelmarin. Para pegawai di negeri selatan AS itu sedang bergelut bagaimana membantu memulihkan penduduk yang terjejas. – AFP
Keadaan banjir di Sorrento, Louisiana kelmarin. Para pegawai di negeri selatan AS itu sedang bergelut bagaimana membantu memulihkan penduduk yang terjejas. – AFP

Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan yang melaporkan kepada Johnson, semalam telah mula untuk menilai kira-kira 40,000 buah rumah yang terjejas akibat air banjir. Sebilangan orang akan menerima bantuan kewangan dalam tempoh 48 jam, menurut Gabenor Louisiana John Bel Edwards.

“Hari ini kami berusaha lagi untuk merumuskan rancangan lebih lengkap bagi peralihan daripada respons kepada pemulihan,” kata Edwards, dengan mengatakan keperluan segera bagi perumahan sementara. “Sesetengah kawasan di selatan Louisiana tidak mencukupi bilik sewa dan bilik hotel,” ujarnya.

Sementara itu lebih ramai penduduk meninggalkan tempat perlindungan dan pulang ke rumah untuk mula melakukan proses pembersihan.

Semalaman, rumah perlindungan itu menempatkan 8,000 orang dan menjelang tengah hari semalam bilangan itu telah berkurangan kepada kira-kira 4,000 orang, menurut para pegawai. – AFP