Luang cuti untuk umrah

Luang cuti untuk umrah

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Dis – Peluang bercuti hujung tahun lazimnya diluangkan bersama keluarga untuk melancong ke negara-negara jiran atau keluar negara.

Namun semakin ramai rakyat Brunei yang menggunakan peluang cuti hujung tahun ini untuk berkunjung ke Tanah Suci Mekah dan Madinah bagi mengerjakan Ibadah Umrah.

Jumlah ini dilihat semakin meningkat setiap tahun apabila keluarga mula mengambil kesempatan mengunjungi tanah suci dalam kumpulan yang lebih besar.

Untuk tidak melepaskan peluang musim cuti, sebuah keluarga di negara ini mengerjakan umrah beramai-ramai.

Rombongan terdiri daripada 40 ahli keluarga tersebut berlepas hari ini dan ia merupakan satu acara yang penuh bermakna bagi mereka setelah membuat persiapan sejak awal tahun lagi.

Keluarga besar seramai 40 orang yang membuat keputusan untuk mengerjakan ibadah umrah beramai-ramai.
Keluarga besar seramai 40 orang yang membuat keputusan untuk mengerjakan ibadah umrah beramai-ramai.
Antara ahli keluarga yang mengerjakan umrah bergambar ramai sebelum berlepas semalam.
Antara ahli keluarga yang mengerjakan umrah bergambar ramai sebelum berlepas semalam.

Menurut keluarga berkenaan, mengerjakan umrah bersama-sama mampu mengukuhkan lagi perpaduan dan talian kekeluargaan, dan pada masa yang sama, mereka dapat memantau ahli keluarga lain yang sudah lanjut usia.

Oleh itu, dengan mengerjakan ibadah bersama-sama sekeluarga, ia dapat memastikan kebajikan ahli keluarga yang lanjut usia dapat dijaga dengan baik.

Mengulas mengenai rancangan mengerjakan umrah beramai-ramai, mereka berkata bahawa keputusan itu lahir daripada salah seorang ahli keluarga yang ingin menaja keluarganya sahaja, tetapi jumlah berkenaan terus meningkat menyebabkan mereka membuat keputusan untuk mengerjakan umrah bersama-sama.

ARTIKEL YANG SAMA