Luang lebih masa bersama anak

Luang lebih masa bersama anak

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Nov – Sekolah Chung Hwa Bandar Seri Begawan, hari ini, telah meraikan murid-murid Tadika 3 dalam Majlis Penyampaian Sijil dan Tamat Tadika ke-53 yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pegawai Perhubungan Awam Chung Hwa BSB, Lim Peh Beng yang turut menyempurnakan penyampaian sijil kepada murid-murid yang diraikan.

Dalam ucapannya, Lim Peh Beng menekankan para ibu bapa supaya mengambil kesempatan untuk melayani anak masing-masing dengan penuh rasa kasih sayang dan mengelakkan daripada sikap menunggu-nunggu untuk menjadikan mereka (anak-anak) lebih gembira.

“Ibu bapa perlu memikirkan kegembiraan anak-anak dan cuba meluangkan lebih masa bersama mereka kerana mereka sangat perlu akan kasih sayang dan perhatian kita sebagai ibu bapa untuk memangkinkan pembangunan minda dan kejayaan mereka di masa akan datang,” ujarnya lagi.

Tetamu kehormat bergambar ramai bersama murid-murid yang diraikan di majlis itu hari ini.
Tetamu kehormat bergambar ramai bersama murid-murid yang diraikan di majlis itu hari ini.
Tetamu kehormat bergambar ramai bersama murid-murid yang diraikan di majlis itu hari ini.
Tetamu kehormat bergambar ramai bersama murid-murid yang diraikan di majlis itu hari ini.
Antara ibu bapa dan guru yang hadir di majlis itu.
Antara ibu bapa dan guru yang hadir di majlis itu.

Sementara itu, Timbalan Pengetua/Tadika Chung Hwa BSB, Sim Man Ling dalam ucapannya pula antara lain berkata pembangunan kanak-kanak di sekolah berkenaan menampakkan hasil yang memberangsangkan.

“Saya bangga melihat tunas bangsa terus lahir di sekolah ini sebagai penyambung bakal pemimpin masa hadapan dan dengan peningkatan serta kejayaan mereka ini pasti pembelajaran di peringkat lebih tinggi pada tahun hadapan akan lebih lancar dan mudah diterima,” ujarnya.

Majlis bertema ‘Mewarnakan masa hadapan yang berwarna-warni’ itu diteruskan dengan penyampaian sijil dan juga pelbagai persembahan oleh murid-murid tadika Chung Hwa BSB.

ARTIKEL YANG SAMA