Luang masa di perpustakaan

Luang masa di perpustakaan

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Mac – Setiap kali cuti penggal persekolahan, semua cawangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di seluruh negara akan menyediakan beberapa aktiviti yang sesuai dan menarik minat golongan kanak-kanak dan muda-mudi untuk mengunjungi pusat bacaan.

Aktiviti berkenaan diadakan untuk menjadikan mereka terbiasa dan terlatih untuk berorganisasi dan mematuhi segala perintah dan arahan.

Ia juga dianjurkan untuk membentuk sahsiah dan personaliti menjadi warga yang berwibawa, berwawasan, komited dan berdaya saing dalam segenap lapangan dan sentiasa mendampingi perpustakaan untuk menimba ilmu melalui amalan membaca.

Di samping memberikan kesedaran fizikal dan rohani dalam sama-sama mendukung falsafah negara Melayu Islam Beraja (MIB), aktiviti ini juga membantu merapatkan tali silaturahim dalam kalangan ahli perpustakaan kanak-kanak dan muda-mudi Dewan Bahasa dan Pustaka di seluruh negara.

Antara aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak ketika di Dewan Bahasa dan Pustaka.
Antara aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak ketika di Dewan Bahasa dan Pustaka.

ARTIKEL YANG SAMA