Luangkan cuti sekolah dengan aktiviti berfaedah

Luangkan cuti sekolah dengan aktiviti berfaedah

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mac – Sempena cuti penggal pertama persekolahan, Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong telah menganjurkan beberapa aktiviti untuk ahli-ahlinya bagi mengisi masa lapang mereka.

Aktiviti dibahagikan mengikut umur di mana ahli-ahli mengambil bahagian dalam Mari Bercerita, seni dan kraf tangan serta aktiviti menyediakan sandwic.

Ahli-ahli perpustakaan juga akan diberikan hadiah sebagai insentif atas usaha dan hasil kerja mereka pada majlis penyampaian hadiah yang akan diadakan pada penghujung aktiviti.

Kakitangan perpustakaan membantu kanak-kanak dalam aktiviti seni dan kraf tangan.
Kakitangan perpustakaan membantu kanak-kanak dalam aktiviti seni dan kraf tangan.

ARTIKEL YANG SAMA