Luangkan waktu bersama keluarga

Luangkan waktu bersama keluarga

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei – Pejabat Peguam Negara menggalakkan para pegawai dan kakitangannya meluangkan waktu bersama keluarga dengan mengadakan Sambutan Hari Keluarga yang berlangsung di Taman Biodiversity, Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas, hari ini.

Berkenan berangkat memeriahkan majlis, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah.

Turut hadir ialah Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd Salleh; Peguam Cara Negara di Pejabat Peguam Negara, Dato Paduka Haji Mohammad Juanda bin Haji Abd Rashid; para pegawai dan kakitangan serta ahli keluarga mereka.

Hari Keluarga Pejabat Peguam Negara juga diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah ketika berkenan berangkat menghadiri Sambutan Hari Keluarga di Taman Biodiversity, Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas, semalam.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah ketika berkenan berangkat menghadiri Sambutan Hari Keluarga di Taman Biodiversity, Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas, semalam.
Antara mereka yang hadir menjayakan sambutan Hari Keluarga Pejabat Peguam Negara.
Antara mereka yang hadir menjayakan sambutan Hari Keluarga Pejabat Peguam Negara.
Pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan sambutan Hari Keluarga.
Pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan sambutan Hari Keluarga.

Majlis anjuran bersama Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa dan Bahagian Pentadbiran dan Kewangan itu bermula dengan sesi senamrobik diikuti pelbagai permainan tradisi Brunei seperti kaki tiga, tinting dan belonyang.

Menurut Haji Ali, seorang ahli keluarga kakitangan di Pejabat Peguam Negara, sambutan itu amat bagus kerana ia dapat mencetuskan suasana kekeluargaan untuk kakitangan jabatan dan ahli keluarga mereka.

“Di samping aktiviti seperti ini, setiap keluarga juga harus menerapkan nilai-nilai keagamaan dalam kalangan ahli keluarganya supaya institusi keluarga itu lebih kukuh.

“Dengan mengamalkan nilai-nilai keagamaan serta menggalakkan ikatan harmoni dalam sesebuah keluarga, ia akan dapat menghindari anggotanya daripada terlibat dalam masalah sosial, perpecahan dan sebagainya,” tambah Haji Ali lagi.

ARTIKEL YANG SAMA