Lubang ozon di Antartic terus mengecut

Lubang ozon di Antartic terus mengecut

MIAMI, 1 Julai (AFP) – Lubang dalam lapisan ozon di Antartik mulai mengecut, menandakan berita baik untuk alam sekitar berdekad-dekad selepas perjanjian antarabangsa untuk menghentikan bahan pencemaran tertentu secara berperingkat-peringkat, kata penyelidik semalam.

Kajian itu mendapati lubang ozon telah mengecut sebanyak 1.5 juta batu persegi – satu kawasan kira-kira saiz India – sejak 2000.

“Ia adalah kejutan besar,” kata penulis utama Susan Solomon, ahli kimia atmosfera di Institut Teknologi Massachusetts, dalam satu temu bual dengan majalah Science. “Saya tidak fikir ia berlaku seawal ini.”

Kajian itu menyumbang pemulihan ozon kepada “pengurangan berterusan atmosfera klorin yang berasal daripada cholorofluorocarbon (CFCs),” atau bahan kimia yang pernah dikeluarkan oleh pencucian kering, peti sejuk, penyembur rambut dan aerosol lain.

Kebanyakan dunia menandatangani Protokol Montreal pada 1987, yang mengharam penggunaan CFCs.

Lubang lapisan ozon di Antartik yang dirakamkan pada 2015. Lubang ozon mulai mengecut, menandakan berita baik untuk alam sekitar selepas perjanjian antarabangsa untuk menghentikan bahan pencemaran dipatuhi secara berperingkat-peringkat.
Lubang lapisan ozon di Antartik yang dirakamkan pada 2015. Lubang ozon mulai mengecut, menandakan berita baik untuk alam sekitar selepas perjanjian antarabangsa untuk menghentikan bahan pencemaran dipatuhi secara berperingkat-peringkat.

“Sekarang kami boleh yakin bahawa apa yang telah kami lakukan telah memulihkan planet,” kata Solomon.

Penulis bersama Anja Schmidt, rakan penyelidikan akademik dalam kesan gunung berapi di Universiti Leeds, bersetuju, menggambarkan Protokol Montreal sebagai “kisah kejayaan sebenar yang memberikan satu penyelesaian kepada isu alam sekitar global.”

Lubang ozon pertama ditemui pada 1950. Ia mencecah saiz besar pada Oktober 2015, namun Solomon dan rakan sekerja memutuskan bahawa ia disebabkan letusan gunung berapi Chile Calbuco pada tahun yang sama.

Gunung berapi menangguh sedikit pemulihan ozon, yang sensitif terhadap klorin, suhu dan cahaya mata hari.

Ozon mengalami kitaran tetap setiap tahun, dengan penyusutan ozon bermula pada lewat Ogos pada akhir musim sejuk Antartika. Lubang itu biasanya mencapai kemuncak dalam saiz pada Oktober.