Lucas: Tiada ...

Lucas: Tiada ruang untuk kesilapan

PARIS, 13 Feb – Lucas Moura (gambar) telah disingkirkan sebanyak dua kali dari Liga Juara-Juara bersama Paris Saint-Germain (PSG) oleh Barcelona, tetapi pemain dari Brazil itu menegaskan juara Perancis itu mampu muncul pemenang dalam pertembungan terbaru kedua gergasi bola sepak tersebut.

PSG akan menjadi tuan rumah bagi juara Sepanyol itu bagi perlawanan pertama dalam 16 pasukan terakhir di Parc des Princes awal pagi Rabu, maklum bahawa mereka perlu mengekang Lionel Messi, Neymar dan bintang lain bagi mengekalkan harapan realistik mereka untuk mara ke suku akhir selepas perlawanan kedua bulan depan.

Paris telah mencapai lapan pasukan terakhir dalam empat musim kebelakangan ini, tewas kepada Barcelona pada tahun 2013 dan sekali lagi pada tahun 2015.

Mencapai peringkat yang sama dilihat sebagai objektik minimum kali ini di bawah jurulatih baru, Unai Emery, tetapi kini skuad Catalan menjadi penghalang mereka lebih awal berbanding sebelumnya.

“Bagi saya mereka merupakan pasukan terbaik di dunia, tetapi tidak ada pasukan yang tidak dapat dikalahkan,” kata Lucas, 24.

“Saya fikir kami juga sangat kuat, selama empat atau lima tahun kami telah mendapat penghormatan dalam arena Eropah.”

PSG telah menewaskan Barcelona dalam perlawanan terbaru, Lucas berada dalam ke-sebelasan utama ketika PSG menang 3-2 dalam peringkat kumpulan pada tahun 2014.

“Saya tahu anda tidak boleh melakukan sebarang kesilapan ketika menentang Barca. Jika anda melakukan kesilapan menentang pasukan seperti itu, anda mampus,” tambahnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA