Lufbru, UBD bantu golongan memerlukan

Lufbru, UBD bantu golongan memerlukan

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 19 Julai – Pelbagai pihak di negara ini mengambil langkah proaktif dengan mengadakan aktiviti sumbangan amal bulan Syawal tahun 1437 Hijrah semata-mata menzahirkan keprihatinan terhadap golongan susah dan kurang kemampuan.

Seramai 16 orang ahli Lufbru Universiti Loughborough United Kingdom dan mahasiswa UBD juga tidak ketinggalan dalam sama-sama untuk menzahirkan keprihatinan mereka dengan menghulurkan sumbangan kepada beberapa orang yang kurang berkemampuan di daerah ini, pagi tadi.

Rombongan yang diketuai oleh Pegawai Keagamaan Lelaki Universiti Loughborough United Kingdom, Awang Hafiz bin Baha, yang bertindak sebagai Pengurus Projek Bantu 2016 itu telah menziarahi dua buah keluarga di Daerah Temburong yang terdiri daripada orang-orang susah serta kurang kemampuan.

Semasa singgah di rumah Awang Mohammad di Kampung Sungai Tanit.
Semasa singgah di rumah Awang Mohammad di Kampung Sungai Tanit.

Mula-mula, mereka singgah di rumah Awang Mohammad bin Haji Tahir di Kampung Sungai Tanit, sebelum meneruskan misi mereka ke Kampung Puni di mana sebuah keluarga terpilih di kampung tersebut.

Semasa kunjungan tersebut, mereka menyerahkan sumbangan berupa wang tunai $130, pakaian dan catuan makanan asasi bernilai $100 serta power kad berjumlah $ 50 kepada setiap penerima bagi membantu mereka menjalani kehidupan ke arah yang lebih baik.