Lufthansa tangguh penerbangan ke Venezuela bermula 17 Jun

Lufthansa tangguh penerbangan ke Venezuela bermula 17 Jun

FRANKFURT, 29 Mei – Syarikat penerbangan Lufthansa, Jerman berkata hari ini ia akan menangguhkan penerbangannya ke Venezuela bermula bulan depan disebabkan krisis ekonomi di negara itu.

“Kami telah memutuskan untuk menangguhkan perkhidmatan itu antara Frankfurt dan Caracas buat masa ini bermula 17 Jun,” menurut jurucakap kepada AFP.

Perkhidmatan itu beroperasi tiga kali seminggu, adalah satu-satunya penerbangan Lufthansa antara Jerman dan Venezuela, katanya, menambah bahawa ia tidak jelas pada masa ini bila ia akan disambung semula.

“Sebabnya adalah situasi ekonomi yang sukar dan faktanya adalah ia adalah tidak mungkin untuk memindahkan mata wang asing keluar negara,” jelas jurucakap.

Kawalan mata wang di Venezuela menjadikan ia mustahil bagi pesawat penerbangan untuk menukar perbelanjaan mereka ke dalam dolar dan menghantar wang itu ke luar negara.

Lufthansa akan mula menangguhkan penerbangan ke Venezuela bermula 17 Jun ini.
Lufthansa akan mula menangguhkan penerbangan ke Venezuela bermula 17 Jun ini.

Venezuela memiliki simpanan minyak terbesar di dunia namun kejatuhan dalam harga minyak telah menghambat pendapatannya.

Rakyatnya perlu berbaris selama berjam-jam di kedai bagi pencatuan makanan dan barangan asas seperti tepung dan kertas tandas. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA