Lufya mula edar kad jemputan kahwin

Lufya mula edar kad jemputan kahwin

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar, 31, mula mengedarkan kad undangan perkahwinan dengan doktor kacak, Che Muhammad Hafiz yang bakal diadakan di Ampang, pada 26 November depan.

Lufya atau nama penuhnya, Lutfyah Sheikh Omar memberitahu, majlis akan diadakan secara sederhana dengan dihadiri 400 jemputan merangkumi keluarga, rakan dan media.

“Alhamdulillah, setakat ini persiapan hampir selesai, cuma sibuk menguruskan pengedaran kad. Terima kasih kepada syarikat Kadkahwinsweetswet yang sudi menaja kami. “Tinggal kira-kira dua minggu lagi untuk hari bernikah, berdebar dibuatnya. Doakan majlis kami berjalan lancar,” katanya.

Lufya bertunang dengan Che Muhammad pada akhir Ramadan lalu. Mengikut perancangan, upacara akad nikah akan diadakan pada jam 8 malam disusuli majlis resepsi meraikan mempelai.

Kad undangan perkahwinan Lufya Omar dan Che Muhammad Hafiz.
Kad undangan perkahwinan Lufya Omar dan Che Muhammad Hafiz.

Beliau adalah bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim keenam dan menjelaskan bahawa tunangnya mahu mengadakan majlis sederhana dan tidak berlebihan.

Dalam perkembangan lain, Lufya bersama rakan artis seperti Emma Maembong, Nazrief Nazri, Aishah Ilias, Siti Saleha dan Shukri Yahya akan menyertai kempen Drama Sangat Bus anjuran TV3 di Melaka dan Johor selama tiga hari.