Lufya Omar sah bergelar isteri doktor

Lufya Omar sah bergelar isteri doktor

KUALA LUMPUR – Pelakon Lufya Omar selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya yang juga seorang doktor, Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 26, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 8.30 malam Sabtu.

Majlis pernikahan diadakan di Laman Cinta Nirwana dengan dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua pihak dan rakan terdekat pasangan berkenaan.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Sheikh Omar Sheikh Abdullah dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Hazman Hashim.

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 31, menerima mas kahwin berjumlah RM2,000 daripada Che Muhammad Hafiz, manakala wang hantaran pula dirahsiakan.

Lufya Omar selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya yang juga seorang doktor, Che Muhammad Hafiz Che Baharum.
Lufya Omar selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya yang juga seorang doktor, Che Muhammad Hafiz Che Baharum.

Pengantin perempuan turut menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas dengan sembilan dulang kepada pihak lelaki.

Pasangan mempelai menggayakan busana berwarna krim keemasan rekaan Amir Kadir dan Zeen Bridal.

Majlis resepsi diadakan sejurus selepas acara akad nikah selesai di lokasi sama.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga terdekat pada Julai lalu.

ARTIKEL YANG SAMA