Luis Enrique puas hati dengan musim Barca

Luis Enrique puas hati dengan musim Barca

MADRID, 23 Mei (AFP) – Meskipun Barcelona terkeluar dari saingan Liga Juara-juara pada peringkat suku akhir, jurulatih Barca, Luis Enrique berkata kemenangan mereka ke atas Sevilla pada Piala Raja kelmarin telah meliputi satu musim “hebat”.

Kelab unggul Sepanyol tu menewaskan Sevilla 2-0 selepas masa tambahan, gol-gol disumbangkan oleh Jordi Alba dan Neymar, yang bermain hampir 90 minit dengan 10 orang selepas Javier Mascherano menerima kad merah.

“Ia adalah penutup hebat buat musim ini,” dia memberitahu satu sidang media. Apabila ditanya untuk memberikan satu perkataan buat musim ini, dia membalas. “Hebat.”

“Pasukan ini diperbuat daripada pemain-pemain juara. Kita perlu berbangga dengan pemain-pemain ini,” tambahnya. “Apabila pasukan perlu bertahan, kami berupaya untuk merapatkan jurang, bersaing dan bermain bola sepak. Kini masanya untuk berseronok.”

Dengan mempertahan kan trofi Piala Raja mereka, Barceloona kini memenangi tujuh gelaran daripada sembilan kejohanan di bawah naungan Luis Enrique.

Luis Enrique berpuas hati dengan prestasi pasukannya musim ini dan menggambarkannya sebagai sesuatu yang ‘hebat’. – AFP
Luis Enrique berpuas hati dengan prestasi pasukannya musim ini dan menggambarkannya sebagai sesuatu yang ‘hebat’. – AFP

Seperti mana kemenangan liga musim lepas, Piala Raja dan Piala Juara-juara, mereka memenangi Piala Super UEFA dan Piala Kelab Dunia di bawah Luis Enrique.

“Secara jujurnya saya berasa bersyukur untuk berada di sini,” kata Luis Enrique, yang diperdengarkan dengan rayuan muzik oleh penyokong-penyokong pada perlawanan akhir di Vicente Calderon.

“Saya berasa seperti orang Catalan sendiri, meskipun saya 1,000 peratus dari Gijon dan merupakan seorang Asturian. Saya berasa lebih dihargai dan disayangi. Sebegitu sejak saya ditandatangani di sini pada tahun 1996.”

Jurulatih Sevilla Unai Emery juga begitu kagum dengan para pemainnya, menegaskan fakta kemenangan mereka pada Liga Europa pada Rabu lalu telah memberikan mereka sedikit masa untuk bersedia bagi perlawanan itu.

“Pada separuh masa kedua kami mempunyai dua peluang yang menarik,” katanya.