Lukaku bantu Everton benam Southampton 3-0

Lukaku bantu Everton benam Southampton 3-0

LONDON, 16 Ogos (AFP) – Romelu Lukau menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama dan Ross Barkley menambah satu lagi gol ketika Everton meraih kemenangan pertama Liga Perdana musim ini dengan jaringan 3-0 di Southampton semalam.

Penyerang dari Belgium Lukaku menanduk masuk hantaran lintang pada minit ke-22 dari Arouna Kone dan menyudahkan jaringan menerusi hantaran Barkley pada akhir separuh masa pertama sebelum midfield England itu dengan kemas melengkapkan gol ketiga enam minit sebelum tamat permainan.

Kemenangan itu, yang pertama Everton di St Mary sejak 2002, menjulang pasukan bimbingan Roberto Martinez ke tangga kedua, dua mata di bawah Manchester United, yang mencatatkan kemenangan 1-0 di Aston Villa Jumaat lalu.

“Kami mendapatinya ia sukar untuk datang ke sini sejak beberapa tahun kebelakangan ini tetapi saya rasa persembahan hari ini menarik dalam setiap kedudukan,” kata Martinez. “Kami menjaringkan tiga gol dan hampir mencatatkan lebih lagi.”

Romelu Lukaku (tengah) meraikan jaringan semasa menentang Southampton di Stadium St Mary semalam. – AFP
Romelu Lukaku (tengah) meraikan jaringan semasa menentang Southampton di Stadium St Mary semalam. – AFP

Southampton di tangga ketujuh musim lalu dalam kempen pertama Ronald Koeman, tanpa kemenangan selepas dua perlawanan setelah seri 2-2 di Newcatle United dalam perlawanan pembukaan mereka. West Ham United dilihat akan meningkatkan kejutan hujung minggu lalu dengan kemenangan 2-0 di Arsenal apabila mereka menghoskan Leicester City, sementara Swansea City yang seri 2-2 di Chelsea, akan berkunjung ke Newscastle.

Manchester City akan menghoskan Chelsea dalam pertemuan awal persaingan gelaran hari ini, apabila pasukan pelawat berharap untuk meneruskan kegemparan cetusan pengurus Jose Mourinho yang menghalang ahli medik Dr Eva Carneiro dan Jon Fearn.

ARTIKEL YANG SAMA