Lukaku hidupkan kembali persaingan Belgium

Lukaku hidupkan kembali persaingan Belgium

BORDEAUX, 19 Jun (AFP) – Kapten Ireland, John O’Shea berkata pasukannya hilang tumpuan apabila dua gol Romelo Lukaku menghadiahkan Belgium kemenangan 3-0 dalam pertembungan Kumpulan E Euro 2016 di Bordeaux, sebentar tadi.

Jaringan pembukaan Lukaku tiga minit bersambung babak kedua menyaksikan Ireland mula ketinggalan sebelum Axel Witsel dan satu lagi gol daripada penyerang Everton itu melengkapkan kebangkitan Belgium, yang tewas 2-0 kepada Itali dalam aksi pertama.

“Kesilapan besar kami adalah kerana kami gagal menguasai permainan di awal separuh kedua dan terlampau terburu-buru,” kata O’Shea kepada ITV.

“Kami membiarkan membuka ruang sehingga membawa kepada gerakan serangan balas lawan.

Romelu Lukaku yang menjaringkan dua gol buat Belgium dalam perlawanan tersebut. – AFP
Romelu Lukaku yang menjaringkan dua gol buat Belgium dalam perlawanan tersebut. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Kami bertahan dengan 10 pemain di belakang bola pada satu ketikanya di babak pertama, tetapi apabila kami menyerang kami sedikit terdedah kepada bahaya.

“Mereka bukannya pasukan yang kurang bagus, tetapi saya juga tidak menafikan betapa kami sendiri membantu mereka untuk menang.”

Ireland kini perlu menewaskan juara kumpulan, Itali dalam pertemuan terakhir di Lille Khamis ini sekiranya mahu menghidupkan peluang untuk mara ke pusingan 16 terakhir.

ARTIKEL YANG SAMA