Lukaku selamatkan Belgium

Lukaku selamatkan Belgium

BRUSSELS, 2 Mei – Romelu Lukaku menjaringkan gol dua minit sebelum tamat perlawanan untuk membolehkan pasukan Belgium hanya mampu seri 1-1 menentang Finland dan menghindarkan kekecewaan menjelang Kejuaraan Eropah.

Selepas serangan bertali arus bagi menghindarkan kekalahan di laman sendiri yang memalukan, Dries Mertens membuat hantaran lintang yang akhirnya mengelirukan penjaga gawang, Lukas Hradecky, yang hanya dapat menampar bola tepat ke dada Lukaku di atas garisan gawang.

Sebelumnya, pertahanan hambar dari Thomas Vermaelen dan Axel Witsel pada minit ke-53 membolehkan Kasper Hamalainen untuk meluru masuk ke tengah bagi menyudahkan hantaran lintang dan dengan mudah menewaskan penjaga gol Thibault Courtois.

Belgium, salah sebuah pasukan pilihan bagi Euro 2016, memulakan kempen mereka dalam Kumpulan E bertemu Itali pada 13 Jun.

Romelu Lukaku menjaringkan gol penyamaan buat pasukannya sekali gus menyelamatkan daripada mengalami kekalahan. – AFP
Romelu Lukaku menjaringkan gol penyamaan buat pasukannya sekali gus menyelamatkan daripada mengalami kekalahan. – AFP

“Kami seharusnya menang hari ini, jadi ia terserah kepada kami untuk mempelajari kedudukan dari perlawanan ini,” kata Lukaku, yang seharusnya berehat semalam dan hanya diturunkan bagi menghindarkan kekalahan memalukan.

Belgium membuat percubaan di bahagian serangan dan pertahanan, jurulatih Marc Wilmots bermula dengan pemain penyerang Marseille, Michy Batshuayi sebagai pemain penyerang tengah dan tidak hampir bagi menjaringkan gol selain dari hanya membuat tandukan yang melepasi palang pada minit ke 38.

Di bahagian pertahanan, pemain Tottenham, Toby Alderwiereld dan Jan Verthonghen ditempatkan di bahagian sayap. Belgium mengalami beberapa kecederaan di bahagian pertahanan, dan beraksi bersama Thomas Vermaelen dan Jason Denayer di bahagian pertahanan.

Finland, yang berada di rangking 61 dunia, terus dikekalkan beraksi oleh Hradecky yang mempamerkan permainannya dengan menyelamatkan kedudukan dari rembatan Mertensi pada saat akhir perlawanan di Stadium King Baudouin.

Belgium juga menghadapi Sweden dan Ireland pada peringkat kumpulan.

Belgium menewaskan Switzerland 2-1 pada Ahad lalu dan akan bertemu Norway pada Ahad depan sebelum berlepas bagi perlawanan di Perancis.
– AP

 

ARTIKEL YANG SAMA