Lukaku Wira Everton

Lukaku Wira Everton

LIVERPOOL, 7 Jan – Jaringan ke-19 Romelu Lukaku musim ini memberikan kemenangan 2-1 Everton ke atas Manchester City pada aksi separuh akhir pertama Piala Liga, di sini, awal pagi tadi, waktu Brunei.

Everton yang kemarau trofi sejak memenangi Piala FA pada 1995, semakin hampir menjejakkan kaki ke Wembley sekali gus mengulangi final Piala Liga 1984 dengan pesaing tetangga Liverpool – terima kasih dengan jaringan lewat Lukaku.

Liverpool mendahului Stoke City 1-0 hasil kemenangan pada aksi separuh akhir pertama dan Manchester City masih mempunyai harapan untuk bangkit bagi mengulangi kejayaan mereka pada 2014 dalam pertandingan itu.

Ketika Jesus Navas memadam jaringan tuan rumah pada separuh masa pertama menerusi Ramiro Funes Mori, City dilihat seakan selesa dengan kedudukan 1-1 untuk membawa bekalan pada pertembungan kedua di gelanggang sendiri tiga minggu lagi.

Namun Lukaku menanduk masuk gol kedua 12 minit sebelum aksi berakhir, menyaksikan kelebihan kini milik pasukan ‘underdog’ itu.

Romelu Lukaku ketika beraksi dalam perlawanan tersebut. - Reuters
Romelu Lukaku ketika beraksi dalam perlawanan tersebut. – Reuters

Selepas hanya memenangi tiga daripada 11 perlawanan Liga Perdana Inggeris di Goodison Park musim ini dengan melepaskan 20 gol, – kelebihan di gelanggang sendiri membantu Everton yang dilihat kini mampu mampu mara ke final.

City meraih kemenangan pertama di tempat lawan dalam saingan liga sejak September dengan menewaskan Watford, Sabtu lalu tetapi mereka menjaringkan empat gol ketika menang di Sunderland untuk meneruskan kemaraan dalam saingan Piala Liga. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA