Lukisan Picasso pindah ke Muzium Madrid

Lukisan Picasso pindah ke Muzium Madrid

MADRID, 12 Ogos – Hasil seni Picasso bernilai lebih 25 juta euro yang dirampas daripada sebuah kapal persiaran di perairan pulau Corsica di Perancis sudah dipindahkan ke Muzium Madrid semalam.

Lukisan itu, yang termaktub dalam pengharaman eksport Sepanyol, dirampas oleh pihak berkuasa kastam Perancis pada akhir Julai lepas.

Pada semalam, sepasukan pakar warisan kebangsaan polis Sepanyol terbang ke Corsica untuk mendapatkan balik lukisan berkenaan, dan mengiringnya ke Muzium Reina Sofia, yang menempatkan hasil seni Picasso berkaitan anti-perang bertajuk “Guernica”, menurut kenyataan polis.

Pasukan pakar berkenaan turut membabitkan pembaik pulih seni dan pakar dalam pembungkusan hasil seni dari muzium.

“Lukisan berkenaan akan disimpan di dalam gudang muzium sehingga kami mendapat lebih maklumat mengenai destinasi masa depannya,” kata jurucakap muzium.

Lukisan bertajuk “Head of a Young Woman”, hasil seni pada tahun 1906 yang dianggarkan oleh polis Sepanyol bernilai 26.2 juta euro (AS$28.7 juta), dan dianggap sebagai harta negara di Sepanyol, negara tumpah darah Picasso. – AFP
Lukisan bertajuk “Head of a Young Woman”, hasil seni pada tahun 1906 yang dianggarkan oleh polis Sepanyol bernilai 26.2 juta euro (AS$28.7 juta), dan dianggap sebagai harta negara di Sepanyol, negara tumpah darah Picasso. – AFP

Lukisan bertajuk “Head of a Young Woman”, hasil seni pada tahun 1906 yang dianggarkan oleh polis Sepanyol bernilai 26.2 juta euro (AS$28.7 juta), dan dianggap sebagai harta negara di Sepanyol, negara tumpah darah Picasso.

Ia adalah milik Jaime Botin, ahli perbankan terkenal Sepanyol yang keluarganya mengasaskan kumpulan perbankan Santander.

Pada 31 julai, agen kastam Perancis merampas lukisan itu dari kapal persiaran didaftarkan di British di perairan pulau Corsica, sekali gus menghalang apa yang dikatakan sebagai percubaan untuk mengeksportnya ke Switzerland. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA