Lula cuba selamatkan keadaan

Lula cuba selamatkan keadaan

SAO PAULO, 24 Mac (AFP) – Bekas presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva mengumpul sokongan kesatuan pekerja semalam untuk membantah gerakan bertujuan menyingkir penggantinya, Dilma Rousseff, dan menyekat kepulangan politiknya sendiri.

Dengan skandal rasuah dan kemelesetan teruk yang mengancam pemerintahan partinya selama 13 tahun, Lula memberitahu anggota kesatuan dan penyokong di Sao Paulo bahawa Brazil tidak boleh membenarkan pembangkang Rousseff melancarkan satu “rampasan.”

Beliau mengkritik pergolakan berpunca daripada siasatan anti-siasatan bergelar “Operasi Cuci Kereta,” yang mendedahkan skim rasuah berbilion dolar dan menterbalikkan politik Brazil dengan memerangkap eksekutif perniagaan berpengaruh dan ahli politik, termasuk Lula sendiri.

Luiz Inacio Lula da Silva beramah mesra dengan penyokong beliau semasa Parti Buruh (PT) mengadakan pertemuan di Sao Paulo, kelmarin. – AFP
Luiz Inacio Lula da Silva beramah mesra dengan penyokong beliau semasa Parti Buruh (PT) mengadakan pertemuan di Sao Paulo, kelmarin. – AFP

“Saya ingin bertanya penyiasat sama ada mereka bercakap mengenai sejauh mana Operasi Cuci Kereta telah merosakkan ekonomi Brazil,” kata beliau, tatkala negara melaporkan kadar pengangguran tertingginya dalam tujuh tahun, 8.2 peratus.

Presiden AS Barack Obama sementara itu mempertimbang krisis yang menyelubunyi negara terbesar Latin Amerika.

“Kami berharap Brazil menyelesai krisis politiknya dalam cara yang efektif,” beritahunya pada persidangan akhbar di Argentina, di mana beliau mengadakan lawatan dua hari. “Kami memerlukan Brazil yang kuat dan efektif.”