Lula didakwa pembersihan wang Petrobras

Lula didakwa pembersihan wang Petrobras

BRASILIA, 15 Sept – Pendakwa persekutuan di Brazil memfail dakwaan rasuah semalam ke atas bekas presiden Luiz Inacio Lula da Silva, menggambarkan pemimpin berhaluan kiri itu sebagai pemimpin sindiket pembersihan wang besar-besaran di syarikat minyak negara Petrobras.

Dakwaan mendakwa Lula menerima wang rasuah bersamaan dengan 3.7 juta reais (AS$1.1 juta). Di antara dakwaan adalah Lula dan isterinya menerima pangsapuri tepi pantai dan menaiktaraf harta daripada sebuah syarikat pembinaan utama, OAS, yang merupakan salah satu pelabur dalam skim Petrobras.

Dakwaan bukan sesuatu yang baru tetapi sekarang mereka dikemukakan kepada Hakim Sergio Moro, ketua siasatan Petrobras, yang akan memutuskan sama ada menerima mereka, sekali gus memaksa kes Lula dibicarakan.

Pendakwa memilih Lula – yang menjadi presiden ketika Petrobras ditipus oleh rangkaian eksekutif dan ahli politik korup – sebagai dalang skim.

Pendakwa Deltan Dallagnol menggelar Lula, 70, “komander tertinggi.” Lula telah berkali-kali mengisytiharkan beliau tidak bersalah dan berkata pendakwaan adalah bermotifkan politik.

Peguamnya menggelar dakwaan “melucukan.” Tinjauan menunjukkan pengasas Parti Pekerja itu sebagai calon pilihan untuk berkuasa dalam pilihan raya presiden akan datang pada 2018.

Dalam skim tersebut, syarikat kerajaan terbesar Brazil, memberikan kontrak yang dibesar-besarka kepada firma besar lain, seperti OAS dan pesaing pembinaan Odebrecht. Rangkaian itu juga membabitkan ahli politik pangkat tinggi yang menerima rasuah daripada kontraktor, ada kalanya untuk kepentingan mereka sendiri dan ada kalanya untuk mengisi dana parti untuk membiayai kempen pilihan raya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA