Lula perlu dibicarakan

Lula perlu dibicarakan

BRASILIA, 21 Sept – Bekas Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva mesti dibicarakan bagi tuduhan rasuah, seorang hakim memerintahkan semalam, selepas pihak pendakwa menuduhnya menjadi perancang rampasan syarikat minyak kerajaan, Petrobras, secara besar-besaran.

Hakim disebalik penyiasatan Petrobras, Sergei Moro, menerima dakwaan yang difailkan minggu lalu oleh penyiasatan ke atas Lula – menjadikannya orang yang paling menonjol berdepan perbicaraan dalam kes yang telah menyingkirkan sebilangan eksekutif perniagaan paling berpengaruh dan juga ahli-ahli politik.

“Memandangkan bukti yang cukup tentang tanggungjawab Lula.. saya menerima dakwaan ini,” kata Moro dalam keputusannya. Dakwaan itu mengatakan Lula, 70 tahun, telah menerima rasuah kira-kira 3.7 juta reais (AS$1.1 juta).

Antara tuduhan adalah dakwaan bekas pemimpin kesatuan itu bersama isterinya telah menerima pangsapuri tepi pantai dan dinaikkan taraf menjadi hartanah dari sebuah syarikat besar pembinaan, OAS, salah satu pihak berperanan dalam skim Petrobras.

Apa yang lebih meluas lagi, minggu lalu pihak pendakwa mengatakan Lula, yang menjadi presiden ketika itu, di mana Petrobras telah ditipu berbilion-bilion dolar, menjadi sebagai ‘pemerintah tertinggi’ skim berkenaan.

“Saya sedih kerana saya baru mengetahui hakim Moro telah menerima dakwaan yang telah dikemukakan, meskipun semuanya adalah penipuan besar,” bekas presiden itu berkata dari Brazil melalui sidang video di New York. – AFP