Lulus 25,000 permit kerja warga asing

Lulus 25,000 permit kerja warga asing

PHNOM PENH, Kemboja, 19 Julai – Kementerian Pekerja Kemboja meluluskan kira-kira 25,000 permit kerja kepada warga asing dalam tempoh enam bulan pertama 2015, kira-kira 5,000 lebih daripada jumlah tahun lalu, lapor akhbar tempatan.

Menteri Tenaga Kerja, Ith Samheng memuji sebahagian daripada perkara yang menyumbang pertambahan itu kepada perkongsian dengan Kementerian Dalam Negeri.

“Kami mempunyai lebih ramai orang memohon kad pekerjaan,” akhbar Phnom Penh Post memetiknya sebagai berkata. “Ia adalah hasil kerjasama di antara Kementerian Tenaga Kerja dan Kementerian Dalam Negeri.”

Sok Phal, ketua pengarah Jabatan Imigresen Kementerian Dalam Negeri, berkata jabatannya sedang bertindak keras ke atas pencabulan kad pekerjaan dan pencabulan dokumen lain. – Agensi