Lumba perahu kebangsaan 29 Mei

Lumba perahu kebangsaan 29 Mei

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 April – Kejohanan Lumba Perahu Tradisional Kebangsaan Kali Ke-23 akan berlangsung pada 29 Mei 2016 ini nanti di Kompleks Sukan Air Serasa Muara.

Kejohanan yang menampilkan 14 kategori acara perlumbaan itu dianjurkan oleh Persatuan Lumba Perahu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (PERKEBAR) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan.

Antara acara yang bakal dipertandingkan adalah bahagian kementerian-kementerian, jemputan syarikat swasta, campuran tempatan serta acara kemuncak perlumbaan iaitu perlumbaan Perahu Tradisi 30 Pekayuh.

Lima piala rebutan yang diberi nama “Piala Seri Utama”, ditawarkan pada kejohanan itu disumbangkan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.