Luminox dan Navy SEAL rasmikan hubungan

Luminox dan Navy SEAL rasmikan hubungan

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Feb – Jenama jam tangan Luminox memulakan tahun 2016 sebagai pemegang lesen rasmi Navy SEAL yang mana hubungan tersebut telah bermula sejak 20 tahun lalu apabila SEAL mencari jam tangan analog yang sesuai untuk keperluan mereka dan mendapati Luminox mempunyai keunikan tersendiri dengan teknologi pencahayaan sendiri bagi penglihatan optimum ketika waktu pagi dan malam dalam apa jua keadaan.

“Sebagai pegawai kajian, pembangunan, ujian dan penilaian bagi NAVY SEAL, saya dipinta untuk mencari jam yang boleh dipercayai bagi misi waktu malam. Selepas mencuba beberapa jenama melalui beberapa senario keadaan sukar, Luminox adalah satu-satunya yang masih berfungsi pada akhir penilaian,” ujar Nick North, pesara Navy SEAL dipetik sebagai berkata.

Sejak perjumpaan pertama dengan Nick North, dan siri-siri Navy SEAL pertama, Luminox telah berterusan mengemas kini barisan jam tangannya untuk menemui keperluan mendesak bagi wira-wira awam ini. Siri Navy SEAL Colormark adalah evolusi siri jam-jam tangan asal.

Pada 2013, Luminox berpeluang memajukan siri-siri terbaru jam tangan mereka dengan ciri-ciri yang dinaiktaraf dan sekali lagi bekerjasama dengan anggota SEAL, yang bertugas dan bersara. Kerjasama ini menghasilkan siri-siri dibenarkan untuk digunakan tentera laut menampilkan bekas disadur keluli tahan karat PVD, dengan skru mahkota dan bekas belakang, batu nilam kristal dan bateri litium bertahan 10 tahun.

“Apabila begitu banyak bergantung dengan ketepatan jam tangan, kami memfokuskan terhadap kepentingan, ketepatan, kebolehpercayaan dan prestasi. Sistem pencahayaan Luminox memberikan kami prestasi kemapanan unggul yang dijangkakan Navy SEAL dan apa yang kami harapkan melalui peralatan kami,” pesara Leftenan Panglima Shaun Marriot dipetik sebagai berkata.

Seorang tentera menggunakan jam tangan Luminox.
Seorang tentera menggunakan jam tangan Luminox.

Pengasas Bersama Luminox Barry Cohen dipetik sebagai berkata, “Ia adalah satu penghormatan untuk mempunyai hubungan yang berterusan dengan SEAL dan untuk dipilih oleh Panglima Navy SEAL Amerika Syarikat untuk mereka dan membekalkan jam-jam tangan buat Anggota Khas yang paling elit dan dihormati di dunia. Ia begitu menarik apabila dua generasi SEAL tiba dalam satu kesimpulan yang sama dan memilih Luminox sebagai jam pilihan mereka. Menjadi pemegang lesen jam rasmi mereka merasmikan hubungan berterusan ini.”

ARTIKEL YANG SAMA