Lun Bawang lonjak tangga teratas benam I-Team

Lun Bawang lonjak tangga teratas benam I-Team

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mac – Walaupun Lun Bawang berjaya mengikat Najip I-Team 2-2 dalam saingan minggu kedua Liga Super Brunei DST 2016 di Kompleks Sukan Berakas, tambahan satu mata itu sudah cukup untuk memastikan Najip I-Team kini menghuni tangga teratas dengan empat mata daripada dua permainan.

Najip I-Team membuka tirai jaringan perlawanan pada minit ke-19 hasil sumbangan Norfaez bin Awang Sayang, namun tiga minit sebelum rehat kedudukan terikat 1-1 selepas Petrus Jumat berjaya membolosi gawang Najip I-Team.

Separuh masa kedua terus berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan berebut mendapatkan gol tambahan dan Lun Bawang memberikan kejutan pada minit ke-67 apabila Rainney Lius berjaya menemui sasarannya di gawang Najip I-Team untuk Lun Bawang pula mendahului, 2-1.

Walau bagaimanapun pendahuluan satu gol itu hanya sempat bertahan dua minit apabila Mohd Azri bin Zahari mengikat semula kedudukan, kini pada kedudukan 2-2, yang ternyata menjadi gol terakhir perlawanan, sekali gus menyebabkan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati mendapat satu mata sahaja.– Hasrulraizan

Lun Bawang berjaya membawa pulang satu mata apabila berjaya mengikat Najip I-Team dengan jaringan 2-2.
Lun Bawang berjaya membawa pulang satu mata apabila berjaya mengikat Najip I-Team dengan jaringan 2-2.

 

ARTIKEL YANG SAMA