Lupakan kekecewaan kepada Burnley – Wijnaldum

Lupakan kekecewaan kepada Burnley – Wijnaldum

LONDON, 22 Ogos – Pemain tengah Liverpool, Georginio Wijnaldum menggesa rakan sepasukannya untuk melupakan kekecewaan kepada Burnley, Sabtu lalu sebaliknya fokus menentang kelab divisyen dua, Burton Albion pada kempen Piala Liga, awal pagi Rabu ini.

Liverpool membuka tirai kempen Liga Perdana (PL) Inggeris dengan langkah kanan apabila menang 4-3 ke atas Arsenal namun tewas 2-0 kepada kelab yang baru dinaikkan pangkat, Burnley semalam meskipun menguasai 80 peratus permainan.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp itu mara ke final Piala Liga musim lalu namun tewas menerusi penentuan penalti kepada Manchester City dan Wijnaldum berharap, mereka dapat menggunakan perlawanan pusingan pertama perebutan piala itu untuk kembali bangkit.

Pemain dari Burnley Andre Gray (kiri) meraikan gol kedua bersama rakan sepasukannya dalam perlawanan antara Burnley dan Liverpool di Turf Moor, Burnley, England, Sabtu lalu. – AP
Pemain dari Burnley Andre Gray (kiri) meraikan gol kedua bersama rakan sepasukannya dalam perlawanan antara Burnley dan Liverpool di Turf Moor, Burnley, England, Sabtu lalu. – AP

“Kami melakukan dua kesilapan dan mereka menjaringkan dua gol dan kami tidak banyak mencipta peluang-peluang terbaik. Ia adalah cerita pada babak pertama,” kata bekas pemain Newcastle itu mengenai aksi bertemu Burnley.

“Kami dijangka untuk mencipta lebih banyak peluang daripada apa yang kami lakukan. Kadang kala kamu memerlukan perlawanan seperti ini di mana ia tidak memihak kamu dan kami perlu mengekalkan keyakinan dan pandang ke depan.

“Kami perlu melupakannya dan bergerak untuk perlawanan selepas ini, tidak melakukan kesilapan yang sama (menentang Burnley) dan memandang ke depan dengan keyakinan.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA