Lupakan malang Serie A – Allegri

Lupakan malang Serie A – Allegri

MILAN, 20 Okt – Jurulatih Juventus Massimiliano Allegri menggesa pasukannya untuk melupakan kekecewaan domestik dengan kemenangan Liga Juara–Juara ke atas Borussia Monchengladbach yang akan meletakkan mereka dalam pusingan 16 terakhir.

Dalam permulaan hambar musim Serie A, Juventus hanya berada empat mata di atas zon penyingkiran dan sembilan mata di belakang pendahulu Fiorentina selepas lapan perlawanan.

Tetapi dalam gaya Jekyll dan Hide, Juve – finalis Eropah yang tewas musim lalu – dilihat berubah apabila cabaran perlawanan kelab perdana Eropah menjelma.

Mereka antara enam pasukan dengan mata penuh selepas dua perlawanan pertama berikutan kemenangan 2-1 di Manchester City dan menewaskan Sevilla 2-0 yang membolehkan mereka berada di atas Kumpulan D.

Dengan keselesaan tiga mata di atas City dan Sevilla, Juve akan mengorak langkah signifikan menuju peringkat kalah mati dengan kemenangan ke atas pasukan Bundesliga Andre Schubert yang semakin meningkat, esok. Pemerhati sedang melihat persembahan dan kedudukan Juve dalam Serie A sebagai satu kebimbangan.

Allegri menggesa Juventus melupakan kekecewaan domestik untuk menghadapi Monchengladbach dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan D Liga Juara-Juara esok. – Reuters
Allegri menggesa Juventus melupakan kekecewaan domestik untuk menghadapi Monchengladbach dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan D Liga Juara-Juara esok. – Reuters

Ahad lalu, Bianconeri mengutip satu mata selepas seri tanpa jaringan ketika menentang Inter Milan, tetapi pasukan juara itu mempamerkan persembahan menarik dengan pengecualian terhadap aksi hambar babak pertama Paul Pogba, yang mengetepikan sebarang keraguan mengenai rentak Juve yang meningkat.

Selepas perlawanan, Allegri secara tidak langsung menyentuh mengenai personlaiti Juve dalam pos di Twitter, yang menulis: “Kami bermain dengan baik, sekarang biarkan kami #euroJuve dan fokus dengan Liga Juara–Juara.”

Statistik menyokong jurulatih berusia 48 tahun itu. Juve mengejutkan City di Stadium Etihad selepas tewas kepada Udinese dan Roma, dan hanya seri dengan Chievo di laman sendiri dalam tiga perlawanan pertama musim ini.

Sejak itu, Juve mempamerkan peningkatan lamban. Tetapi Allegri mengalu-alukan kembalipemain utama yang kembali daripada kecederaan termasuk midfield Sami Khedira dan Claudio Marchisio begitu juga dengan pertahanan berpengalaman, Andrea Barzagli. – AFP