Lupus bom 150 kilo

Lupus bom 150 kilo

DIYARBAKIR, Turki, 18 Mac (AFP/Reuters) – Pasukan polis di tenggara Turki telah melupuskan bahan letupan yang terdapat dalam sebuah kereta yang ditemui diletakkan di luar bangunan kerajaan beberapa hari selepas pengeboman kereta nekad di Ankara yang didakwa dilakukan oleh pemberontak Kurdish, kata sumber keselamatan hari ini.

Kenderaan itu yang mengandungi 150 kilo bahan letupan telah ditemui kelmarin di daerah Hani wilayah Diyarbakir, di mana pasukan keselamatan telah terlibat dalam serangan besar-besaran ke atas Parti Pekerja Kurdistan (PKK) sejak gencatan senjata dibubarkan pada Julai.

Pakar penghapus bom melupuskan alat berkenaan dan membawa kenderaan itu untuk diperiksa, kata sumber keselamatan memberitahu AFP.

Penemuan itu muncul lima hari selepas pengebom berani mati iaitu seorang wanita memandu kereta menuju perhentian bas yang sibuk di Ankara, membunuh 35 dan mencederakan lebih 120 yang lain.

Serangan itu adalah pengeboman besar kelima di Turki sejak Julai – yang didakwa oleh cabang PKK, Kurdistan Freedown Hawks (TAK), yang diumumkannya sebahagian daripada ‘pertempuran radikal’ ke atas ‘polisi pembunuhan besar-besaran dan menafikan ke atas rakyat Kurdish’ negara.”

Keganasan memuncak itu telah menyaksikan misi luar negeri di Turki mempertingkatkan langkah keselamatan.

Kedutaan Jerman di Ankara, konsulat Jerman di Istanbul dan sekolah-sekolah Jerman di kedua-dua bandar kekal ditutup pada hari kedua hari ini berikutan apa yang Berlin gelar ‘petanda serangan dirancang ke atas misi diplomatik Jerman’ yang ‘sangat serius’.

Kedutaan AS di Ankara mengeluarkan kenyataan semalam mengatakan warganya ‘perlu bertanggungjawab atas keselamatan sendiri,” memetik perayaan Tahun Baru Kurdish (Newroz) akan diadakan pada hujung minggu ini dan mengatakan acara besar boleh bertukar menjadi ganas dan berlakunya konfrontasi.

ARTIKEL YANG SAMA