LVG berang United ‘hambar’

LVG berang United ‘hambar’

SAN JOSE, AS, 22 Julai – Louis van Gaal mengkritik pemain baru Bastian Schweinsteiger dan rakan sepasukan Manchester United selepas pasukan Liga Perdana itu memperoleh kemenangan 3-1 ke atas San Jose Earthquakes.

United mencatat kemenangan kedua berturut-turut dalam jelajah AS mereka dan tidak nampak bermasalah ketika melawan pencabar mereka daripada Major League Soccer.

Juan Mata dan Memphis Depay menjaringkan gol separuh masa pertama untuk United sebelum pemain muda Brazil Andreas Pereira menambah gol ketiga pada separuh masa kedua.

Namun bos United van Gaal berasa marah dengan prestasi pasukannya selepas rehat apabila dua membuat 10 perubahan, termasuk pengenalan Schweinsteiger.

“Separuh masa pertama saya berasa puas hati, pemain telah mempamerkan prestasi mengikut apa yang kami inginkan dalam susunan pertahanan, dan mereka telah mewujudkan banyak peluang, 10, dan mereka menjaringkan dua gol, maka saya berasa puas hati,” kata van Gaal.

“Namun separuh masa kedua, saya rasa kami bermain dengan amat teruk, banyak kehilangan bola, yang tidak patut berlaku. Satu-satunya saat kemuncak adalah gol daripada Pereira.

“Kami tidak melepaskan banyak peluang tetapi kami melepaskan kemungkinan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA