LVG buru dua kemenangan terakhir liga

LVG buru dua kemenangan terakhir liga

NORWICH, United Kingdom, 8 Mei (AFP) – Louis van Gaal menyasarkan dua lagi kejayaan bersama pasukan kendalian Manchester United dalam persaingan Liga Perdana musim ini ketika mereka meneruskan pemburuan mereka bagi Liga Juara–Juara.

Jaringan separuh masa kedua Juan Mata ke atas Norwich City menyelamatkan kemenangan 1-0 di Carrow Road pada Sabtu lalu yang menyaksikan United ditangga kelima dalam Liga Perdana dan satu mata di belakang Manchester City di tangga keempat yang menghoskan Arsenal hari ini.

Apa juga keputusan selain daripada kemenangan untuk City akan meletakkan usaha United bagi menamatkan saingan EPL dalam kelompok empat teratas terletak di tangan mereka sendiri.

Finalis Piala FA itu akan berkunjung ke West Ham United, awal pagi Rabu ini sebelum melengkapkan saingan musim ini dengan pertemuan menentang Bournemouth.

“Sudah pasti perkara yang paling buat kami hari ini (malam tadi) adalah mendapatkan tiga mata dan kami berjaya melakukannya,” kata Van Gaal.

Van Gaal menyasarkan dua lagi kejayaan bersama pasukan kendalian Manchester United dalam persaingan Liga Perdana musim ini ketika mereka meneruskan pemburuan mereka bagi Liga Juara–Juara. - AP
Van Gaal menyasarkan dua lagi kejayaan bersama pasukan kendalian Manchester United dalam persaingan Liga Perdana musim ini ketika mereka meneruskan pemburuan mereka bagi Liga Juara–Juara. – AP

Bagaimanapun, kemenangan itu dibayar dengan harga yang tinggi oleh Van Gaal apabila dia terpaksa mengubah percaturannya susulan kecederaan yang menimpa penyerang, Anthony Martial ketika sesi memanaskan badan.

Wayne Rooney diberi tugas mengetuai jentera serangan United dan dia berjaya melaksanakannya dengan cemerlang apabila menjadi nadi utama terhadap jaringan dihasilkan Mata.

Martial belum pasti dapat diturunkan pada perlawanan menentang West Ham dan begitu juga tonggak pertahanan, Matteo Darmian yang terpaksa dibawa keluar pada babak pertama selepas pertembungan dengan pertahan Norwich, Ivo Pinto.

Kecederaan lutut dialami Darmian dilihat lebih serius dan pemain antarabangsa Itali itu kini berdepan risiko tidak dapat beraksi pada kempen Euro 2016 di Perancis, Jun depan.