LVG masih ada masalah

LVG masih ada masalah

MANCHESTER, United Kingdom, 24 Feb (AFP) – Kekelaman yang menyelubungi Manchester United berkurangan sedikit apabila mereka berjaya menewaskan Shrewsburry dalam Piala FA Isnin lalu, tetapi pengurus, Louis van Gaal masih lagi menghadapi masalah.

Pengurus United tidak memiliki margin untuk melakukan kesilapan ketika dia berusaha untuk mengekalkan peluang pasukannya menjulang trofi Eropah apabila menghadapi Midtjylland di Old Trafford, esok.

Kekalahan 2-1 United di gelanggang luar kepada juara Denmark dalam pusingan 32 terakhir Liga Europa pada perlawanan pertama adalah sesuatu yang memalukan Van Gaal, dengan akhbar tempatan Manchester Evening News, memintanya untuk dipecat sehari selepas perlawanan.

Sekurang-kurangnya United mampu untuk menghindarkan satu lagi yang saat memalukan di Shrewsbury, sebuah pasukan dari divisyen dua dan berada pada kedudukan ke-50 liga di bawah mereka, tetapi kemenangan 3-0 meyakinkan adalah satu keselesaan yang kecil.

Van Gaal bercakap kepada wartawan selepas perlawanan pusingan kelima Piala FA Manchester United menentang Shrewsbury Town di stadium Greenhouse Meadow, 22 Februari lalu. – AFP
Van Gaal bercakap kepada wartawan selepas perlawanan pusingan kelima Piala FA Manchester United menentang Shrewsbury Town di stadium Greenhouse Meadow, 22 Februari lalu. – AFP

Pasukan Van Gaal yang mengungguli tangga kelima dalam Liga Perdana, 12 mata di belakang pendahulu, Leicester, sedar sepenuhnya peningkatan persembahan diperlukan segera, dengan Jose Mourinho dilihat menunggu di sayap dan bersedia untuk mengambil alih jika United memutus untuk menyingkirkan pengurus dari Belanda.

“Saya gembira dengan pemain saya menentang Shrewsbury,” kata Van Gaal. “Mereka komited. Sekarang kami perlu menewaskan Midtjylland, tetapi ia bukan mudah. Kami beraksi dengan teratur. Kami menyaksikannya pada perlawanan pertama.

“Segalanya mungkin. Kami masih berada dalam tiga perlawanan, jadi kami perlu berjuang,” tambahnya.

Pengurus United akan membuat pemeriksaan terakhir ke atas kecergasan penjaga gol David de Gea, yang terpaksa menarik diri daripada perlawanan pertama di Denmark selepas mengalami kecederaan lutut dalam sesi pemanasan.